Dyana, DAP dan Hudud
>> Saturday, May 24, 2014
Kenyataan Dyana jelas ... tak perlu sesiapa dengar apa yang sedang di spin oleh macai macai dan pemimpin pemimpin UMNO/BN dalam PRK Teluk Intan.
Susah sangat ke nak faham. Mungkin kita susah nak faham sebab tabiat kita yang lebih suka dengar cerita yang sudah di tokok tambah daripada membaca. Lebih banyak rempah ratus di tambah maka lagi sedap ceritanya. Apa lagi kalau di tambah dengan unsur lucah sedikit. Wow ... meletop terus.
Kenyataan Dyana sebenarnya mudah. Beliau tidak menentang hudud tetapi beliau tidak akan mengundi untuk laksanakan hudud di Malaysia apabila undang-undang untuk laksanakan hudud di bentang di Parlimen.
Ada percanggahan dalam kenyataan Dyana? Memang ada. Kalau dah sokong hudud mengapa tidak mahu undi undang-undang hudud? Dyana sekali lagi bagi jawapan mudah - sebab pendirian parti.
Apa pendirian parti? Hudud tidak boleh di laksanakan di Malaysia kerana rakyatnya dari pelbagai keturunan dan agama. Lagi pun, hudud bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sebagai ahli parti dan terikat dengan apa yang digelar collective responsibility maka Dyana tidak boleh undi bertentangan dengan pendirian parti. Ingat lagi tak Shahril Samad yang enggan ikut kehendak parti satu masa dulu sehingga di gantung keahlian oleh UMNO dan terpaksa bertanding dalam PRU sebagai calun Bebas? Dyana tidak mahu perkara ini berlaku kepada beliau maka, mahu tak mahu, beliau terpaksa ikut pendirian parti.
DAP tidak menentang hudud sepertimana Gerakan, MCA dan UMNO. DAP tidak akan mengundi menyokong rang undang-undang untuk laksanakan hudud di Kelantan tetapi sekiranya PAS dapat pengundian yang secukupnya, samada dengan bantuan UMNO atau tidak, dan akibat daripada itu hudud dilaksanakan di Kelantan, maka DAP akan terima perubahan tersebut.
Bagaimana pula dengan pendirian MCA, Gerakan dan UMNO? Adakah Gerakan, MCA dan UMNO sokong sekiranya undang-undang Islam di laksanakan di Kelantan dan seterusnya di Malaysia? Bab ini panjang dan akan di bahas dan entri akan datang ....
Tunggu ... Read more...