KPF gugur sebelum tempur

>> Thursday, January 05, 2012

Saya tidak nafikan bahawa saya amat gementar pada pagi 4/1/2012. Gementar bukan sebab saya takut menghadapi peguam-peguam lawan saya. Saya tidak pernah gentar walau sehebat mana peguam lawan saya atau sebengis mana Hakim yang bakal saya hadapi. Pada pagi bersejarah 4/1/2012, saya gementar sebab ribuan peneroka di Malaysia menaruh harapan tinggi keatas saya dan ratusan peneroka yang berkumpul di Mahkamah pada pagi itu mahukan kemenangan.


Mereka tidak mahu ekuiti Koperasi Permodalan Felda (KPF) bernilai RM3.13 billion dalam Felda Holdings dan anak-anak syarikat Felda di lupuskan kepada Felda Global Ventures (FGV).

Semasa melangkah ke Kamar Hakim, saya berkata pada diri saya bahawa saya tiada pilihan selain daripada melakukan yang terbaik. Amanah yang di pikul oleh saya terasa amat berat. Walaupun sehari sebelum tarikh perbicaraan, saya sudah dapat berita mengatakan bahawa mesyuarat KPF yang di cabar oleh peneroka telah dibatalkan namum saya tetap bersedia untuk mengharung apa sahaja kumungkinan. Kekadang berita-berita sebegini sahaja di sebarkan untuk melalaikan kita. Kita kena berhati-hati ...

Selepas memperkenalkan diri dan peguam-peguam lawan kepada Hakim, peguam KPF telah mohon maklum kepada Hakim bahawa KPF telah batalkan mesyuarat yang dicabar oleh peneroka sebaik Saman Pemula peneroka di serah keatas KPF. Lantas, peguam KPF telah mohon agar status Saman Pemula di perjelaskan memandangkan sabjek sudah tidak lagi wujud.

Selepas pengesahan buat kali kedua bahawa mesyuarat yang di cabar telah di batalkan dan bukan di tangguh, saya telah maklumkan kepada Mahkamah bahawa peneroka bersedia menarik balik Saman Pemula dengan syarat sekiranya mesyuarat untuk bincang isu pelupusan ekuiti KPF di tetapkan semula, peneroka di benarkan cabar mesyuarat tersebut buat kali kedua. Hakim telah setuju dengan cadangan saya dan peneroka di benarkan menarik balik Saman Pemula terhadap KPF. Permohonan KPF dan FGV agar di pampas dengan kos akibat daripada penarikan balik Saman Pemula telah di tolak oleh Hakim.

Persoalan yang di ajukan oleh orang ramai - bagaimana penarikan balik Saman Pemula boleh di anggap sebagai kejayaan di pihak peneroka? Sebenarnya persoalan penarikan balik Saman Pemula tidak penting. Yang pentingnya, KPF telah batalkan mesyuarat sebaik Saman Pemula di serahkan keatas KPF.

Tuntutan utama peneroka terhadap KPF adalah untuk satu injunksi melarang KPF daripada meneruskan dengan mesyuarat yang di tetapkan pada 5/1/2012 dan apabila mesyuarat tersebut di batalkan oleh KPF sendiri, maka secara tidak langsung matlamat peneroka meminta Mahkamah masuk campur untuk batalkan mesyuarat tersebut tercapai. KPF telah gugur sebelum tempur ... bukankah ini satu kemenangan di pihak peneroka? Kalau bukan di sebabkan Saman Pemula yang di keluarkan oleh peneroka, adakah KPF akan batalkan mesyuarat tersebut? Saya yakin tidak ...

Mesyuarat ini terlalu penting buat Felda mahu pun KPF. Mesyuarat ini menentukan arah tuju penyenaraian FGV. Melalui mesyuarat ini, ada 3 perkara yang KPF mohon ketetapan dari ahli-ahlinya. Pertama, agar ekuiti berjumlah RM3.13 billion milik KPF dalam FELDA dan 10 lagi anak syarikat FELDA Holdings di lupuskan kepada FGV; Kedua, isu pelaburan KPF dalam FGV dan ketiga, untuk bincang pelupusan sebahagian daripada ekuiti yang bakal di miliki oleh KPF dalam FGV selepas penyenaraian di apungkan di pasaran terbuka.

Apabila agenda yang di susun melalui mesyuarat tidak dapat di realisasikan, maka ekuiti RM3.13 billion milik KPF dalam Felda tidak dapat di lupuskan kepada FGV dan secara langsung niat untuk senaraikan FGV terbantut.

Namun dalam apa keadaan sekalipun, kami tidak menolak kemungkinan bahawa KPF akan buat "U turn" tidak lama lagi. Kami yakin KPF akan berusaha sedaya upaya untuk bermesyuarat sekali lagi dengan agenda yang sama dan kami bersedia untuk bertarung memandangkan Hakim telah benarkan Saman Pemula di failkan semula sekiranya perkara ini berlaku.

Di kesempatan ini saya tabik kepada peneroka yang berani tampil mempertahankan hak mereka dan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada rakan terpelajar saya, Mohd Fadzli Mohd Ramli (gambar diatas bersama saya) yang telah bersama saya mengharungi cabaran. Terima kasih juga kepada kepimpinan PAS, PKR dan NGO-NGO yang lupa erti penat sepanjang masa kami di Mahkamah Tinggi, Kuantan pada 4/1/2012.

Takbiiirrrrr ... Takbiiirrrr .... Takbiiirrrrrr

Read more...

Satu set undang-undang, dua cara perlaksanaan

>> Tuesday, January 03, 2012

Aduh ... terasa nak terajang ada. Rasa nak mengamuk pun ada. Entah la. Jiwa rasa kacau melihat kerenah polis di Malaysia.


Sepatutnya pada 1/1/2012 kita buat azam untuk berubah, berhijrah dari melakukan kemungkaran. Macam saya, atleast saya berhenti merokok selama 24 jam. Ini tidak, dia sambut 1/1/2012 dengan belasah mahasiswa-mahasiswi yang tidak puashati dengan AUKU. Mahasiswa-mahasiswi yang menuntut kebebasan akademik sehingga darah menitis ke bumi. Sampai tulang mereka remuk.

Selepas belasah, Tok Ketua dia boleh keluarkan statmen karut. Budak-budak itu cederakan diri mereka kononnya. Tak ubah seperti skrip Rafidah Aziz dan Mahatir satu masa dulu. Dia ingat budak-budak itu termasuk kita ini bodoh sangat ...

Sebentar tadi keluar pula statmen mengatakan polis minta mahasiswa-mahasiswi yang cedera untuk sign pengakuan kononnya mereka tercedera apabila terjatuh. Padan muka apabila statmen itu di koyakkan oleh mahasiswa-mahasiswi di depan muka polis haprak ini.

Sudah sampai ke tahap dimana saya sudah tak faham lagi apa tugas Polis. Membenteras jenayah atau menjaga kepentingan UMNO. Bila puak pro-UMNO berdemonstrasi semuanya okay. Namum, apabila ada pihak yang menuntut sesuatu dari kerajaan, polis mula meroyan .... naik sawan macam gila babi ...

Sebentar tadi, ada demontrasi di Pulau Pinang. Siap nyalakan api di tengah-tengah bandaraya. Polis ada di situ tapi serupa takde. Takde satu pun tangkapan di buat. Takde satu pun demonstrant di tendang terajang. Takde satu pun demonstrant luka cedera akibat daripada perbuatan polis.

Mungkin pihak polis terlupa - Fasal 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan membenarkan perhimpunan secara aman tanpa senjata. Ada tak mana-mana mahasiswa-mahasiswi bersenjata pada malam 31/12/2011? Takde pun lapuran mengatakan sejumlah parang, pisau, batang kayu atau malatov cocktail di jumpai. So what is the problem with the police force?

Satu set undang-undang, dua cara perlaksanaan ...

Ingat wahai abang-abang dan adik-adik polis - hari ini mungkin kamu terlepas, namum Allah SWT melihat segalanya apa yang kamu lakukan ... Jawab lah di akhirat nanti ...

Read more...

Darah mahasiswa menitik membasahi bumi

>> Sunday, January 01, 2012

Menuntut hak sudah menjadi satu kesalahan di bawah rejim Najib.


Lebih 60 mahasiswa yang telah berhimpun secara aman untuk menuntut agar AUKU di hapuskan dan diberi kebebasan akedemik telah di belasah olih pihak polis seolah-olah mereka ini penjenayah .

Tahun 2012 telah di cemari apabila mahasiswa telah di nafikan hak mereka di bawah Fasal 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Kira-kira 20 mahasiswa dari 60 yang sedang berhimpun di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah di belasah oleh polis sebelum tahan.

Turut di belasah merupakan Muhammad Safwan Anang (Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik). Mengikut twitter Adam Adli, yang turut di tahan polis di rumah pasong Tanjung Malim, Safwan dalam keadaan nazak. Beliau telah dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik .

Antara yang ditahan termasuk Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh.

Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi.

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP