Keluar PKR - andaian demi andaian dibuat

>> Saturday, June 12, 2010

Kekadang nak tergelak juga dengan gelagat orang-orang politik. Perletakan jawatan saya dalam PKR telah mendapat reaksi bercampur. Ada yang gembira dan ada juga yang duka. Ada yang mahukan saya kembali kepangkuan PKR dan ada juga yang mahukan saya terus pencen dari politik. Tak kurang parti-parti komponen PR yang mahu saya menyertai mereka dan ada juga panggilan-panggilan dari parti-parti komponen BN. Yang pastinya, semua tawaran ditolak mentah-mentah oleh saya. Saya tetap dengan pendirian saya sebagai teman setia PR buat masa ini dan keputusan muktamad akan saya buat selepas Hariraya Puasa kelak.

Saya dapat khabaran dari akar umbi bahawa ada andaian yang dibuat oleh segelintir ahli-ahli politik Raub bahawa perletakan jawatan saya diperingkat ranting dan cabang hanya gimik agar saya diberi perhatian.

Perhatian daripada siapa yang saya tuntut? Pegawai-pegawai atasan diperingkat Cabang Negeri ataupun Pusat? Adakah mereka berhujah bahawa sehingga kehari ini saya tidak pernah mendapat perhatian? Kalau itulah anggapan mereka, mereka silap.

Ahli-ahli PKR Raub telah membuat keputusan sebulat suara bahawa saya diberi laluan untuk menyandang jawatan Ketua PKR Cabang Raub. Dengan kedudukan sedemikian saya tidak perlu perhatian ahli-ahli PKR Ranting dan Cabang Raub. Saya sudah dapat perhatian akar umbi dan pegawai-pegawai atasan Cabang Raub.

Perhatian PKR peringkat Negeri dan Pusat? Jauh sekali - kerana Pengerusi PKR Negeri Pahang pernah, sebelum saya letak jawatan, beritahu saya bahawa nama saya telah pun disenaraikan sebagai “player” diperingkat Negeri. Jadi apa gunanya saya tarik perhatian pegawai-pegawai peringkat Negeri apabila saya telah pun diperhatikan. Saya tak perlu tarik perhatian pegawai-pegawai diperingkat Pusat kerana perhatian akan datang dengan sendirinya apabila saya sudah berada diperingkat Negeri. Silap lagi mereka.

Kami dalam PR bukan seperti mereka dalam BN – sentiasa mengampu untuk mendapat perhatian. Sentiasa mengikut buntut pegawai atasan agar diberi habuan, baik dalam bentuk kontrek atau kedudukan. Kami dalam PR diberi perhatian atas kerja-kerja yang kami lakukan dan bukan kerana sekuat mana kami bodek pegawai-pagawai atasan.

Saya tak perlu jelaskan disini mengapa saya letak jawatan. Saya telah pun bincang perletakan jawatan saya dengan Pengerusi dan Pengerusi faham masalah yang saya hadapi. Kami akan sama-sama berusaha untuk mengatasi masalah saya dan insyaAllah sebaik sahaja perkara ini selesai, saya akan kembali aktif dalam PKR.

Kepada mereka-mereka yang asyik membuat andaian – teruskan membuat andaian. Kamu tak akan dapat buat andaian yang tepat. Yang pastinya saya tidak mencari publisiti murahan.

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP