Kemuncup yang menyusahkan

>> Wednesday, April 18, 2012

Kemuncup sejenis tumbuhan yang sangat menyusahkan. Bayangkan kalau kemuncup lekat dikaki seluar ... Kalau tak dicabut akan terasa geli dipergelangan kaki. Kalau nak dicabut bukan main payah ... cuba bayangkan seseorang duduk mencangkung ditepi parit sambil mencabut kemuncup satu persatu ... buruk sangat ....



Lebih susah lagi apabila kemucup dibela oleh orang ... kemuncup belaan la kiranya ... maka menjadi-jadi la kemuncup ini. Apabila dibuang dia lekat semula dikaki seluar ... dibuang lagi, dia lekat lagi ... teruk lagi dari lintah ... sekurang-kurangnya lintah, apabila dah kenyang menyedut darah, dia akan jatuh dengan sendiri ... tapi kemuncup belaan manusia ini lain daripada yang lain ...Selagi kemuncup ini diberi galakan, selagi itu dia akan lekat pada kaki seluar kita ....



Jadi apa cara nak handle masalah kemuncup ini ... sekiranya dia kemuncup yang tumbuh liar, kita bunuh dia dari akar umbi dengan mengunakan cyanide .... kita sembur cyanide banyak-banyak hingga batang kemuncup kering .... hilang la cerita kemuncup liar .... bila dah mati, dia tak menyusahkan kita lagi ... tenang jiwa kita .... tak perlu lagi mencangkung ditepi parit ...



Kemuncup belaan manusia ini lain sikit .... selagi kemuncuk ini dibela, dibaja dan disiram air oleh tukang bela, selagi itu kemuncuk menjadi ... selagi itu kemuncuk akan menyusahkan kita ... kita sembur cyanide, tukang bela pula siram air untuk cuci dan buang semburan cyanide ...



Sebenarnya kemuncup ini tidak membawa sebarang kebaikan kepada manusia selain daripada menyusahkan ... tukang bela kena la sedar ... manusia dah pandai ... dia akan gunakan jalan lain untuk elak dijangkiti kemuncup .... namun satu hari nanti, tukang bela akan terlupa dimana kemuncup disemai dan redah tempat semaian kemuncup dan akhirnya kemuncup akan makan diri tukang bela ....


hehehehehe ....


Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP