Interlok dan pariah
>> Monday, January 31, 2011
Pariah kini merupakan topic panas yang diperkatakan. Siang tadi saya terlibat dalam satu dialog menarik melalui status FB dengan dua rakan terpelajar saya – Nizam Hamid dan Haji Suhaimi.
Apa dan siapa itu pariah? Perkataan pariah merujuk kepada kasta dalam golongan Tamil yang berugama Hindu. Kasta juga wujud dalam golongan kaum Punjabi. Punjabi yang berkasta rendah digelar chura.
Tidak dinafikan bahawa perkataan pariah telah ditukarnama pada zaman Mohandas Karamchand Ghandi kepada Harijan namum hakikatnya warga India, sehingga kehari ini, tetap berdiskriminasi dan pandang rendah kepada masyarakat keturunan pariah.
Saya pernah, semasa dibangku sekolah dihidangkan dengan buku Pygmalion dalam mata pelajaran Kesusasteraan Inggeris namum hakikatnya Pygmalion tetap My Fair Lady walau pun ditukar nama daripada My Fair Lady kepada Pygmalion.
Isunya samada perkataan pariah boleh diterima sepertimana dalam buku Interlok ataupun perlu ditolak seperti dituntut oleh segolongan masyarakat Malaysia. Salah kah kita panggil seorang yang memang pariah dengan panggilan pariah?
Haji Suhaimi ada lontarkan satu soalan – salah kah kalau dalam keadaan marah Najib atau Samy Velu dipanggil pariah. Jawapan saya – salah dan tidak salah.
Najib bukan orang India – jadi sepatutnya tidak mudharatkan atau mencemar imej Najib sekiranya dia dipanggil dengan gelaran pariah. Kita semua sedia maklum bahawa Najib bukan pariah. Macamana pula dengan Samy Velu? Kalau Samy bukan pariah, semestinya Samy akan berang akan tetapi sekiranya Samy benar-benar pariah, Samy kena terima hakikat bahawa dia adalah pariah. Kalau seorang pariah dipanggil dengan gelaran kasta yang tinggi tidak menjadikan dia seorang yang berkasta tinggi. Pariah tetap pariah.
Lain pula cerita kalau sekiranya seorang yang berkasta tinggi dipanggil dengan gelaran pariah. Sudah tentu dia akan terasa hina.
Masih ingatkah kita episode Pemuda UMNO Celaka yang dilontarkan oleh Karpal Singh dalam parlimen tempuh hari? Pemuda UMNO mengamok sehingga tercetus pergaduhan besar di lobi Parlimen. Pemuda UMNO berhak untuk mengamok sebab mereka bukan celaka. Namun, kalau Pemuda UMNO betul-betul celaka, mereka perlu terima gelaran tersebut dengan hati terbuka. Tidak ada isu yang perlu dipertahankan oleh Pemuda UMNO kalau sesungguhnya mereka celaka.
Sekiranya dalam Interlok penulis menyifatkan keseluruhan warga Tamil sebagai pariah atau keseluruhan kaum Punjabi sebagai chura maka semestinya mereka-mereka yang berketurunan Tamil dan Punjabi yang bukan pariah atau chura berhak untuk tuntut agar Interlok ditarik balik daripada menjadi buku teks sastera. Yang berkasta tinggi dalam kaum Tamil dan Punjabi akan rasa dihina sebab mereka bukan pariah atau chura.
Terus terang saya katakan bahawa saya belum baca novel Interlok. Namum, saya difahamkan bahawa dalam Interlok, penulis berkarya tentang seorang berketurunan pariah yang berhijrah dari India keMalaysia. Dia seronok apabila sampai keMalaysia dia diberitahu bahawa tidak ada kasta diMalaysia.
Saya tidak nampak dimana salahnya kalau seorang pariah dikenalpasti sebagai pariah. Seperti yang saya katakan awal tadi, kaum Tamil berhak untuk persoalkan motif penulis sekira seluruh kaum Tamil digelar pariah. Tetapi ini tidak berlaku.
Kaum Tamil bukan pariah namum pariah tetap pariah.