Penyenaraian FGVB akan lingkupkan FELDA

>> Thursday, February 02, 2012

Pendedahan dari Mazlan Aliman dan Dr Rosli Yaacob yang menyatakan bahawa Felda akan mengalami defisit selepas penyenaraian Felda Global Ventures Bhd (FGVB) tidak di nafikan secara spesifik oleh Ahmad Maslan. Malahan, Ahmad Maslan telah dengan jelas mengatakan bahawa mereka telah fikirkan isu defisit sebelum buat keputusan untuk senaraikan FGVB. Tambah Maslan lagi, mereka sudah fikirkan cara untuk mengatasi defisit. Namun seperti biasa, Maslan gagal untuk beritahu apa kah langkah-langkah yang akan diambil untuk menampong defisit tersebut. Betul kah mereka sudah fikir habis-habis atau hanya omong-omong kosong ... kalau perkara ini sudah di fikirkan dan ada jalan keluar, mengapa plan tidak di dedahkan?


Difisit yang terpaksa di tanggung oleh Felda selepas penyenaraian FGVB bukan sikit. Amaunnya berbillion setahun. Persoalan nya - bila defisit sudah di jangka, mengapa perlu di teruskan dengan projek yang berisiko besar ini?

Kepada mereka yang belum tahu, izinkan saya dedahkan amaun dalam defisit yang Felda terpaksa tanggung sebaik FGVB disenaraikan.

Perkiraannya mudah. Budak darjah 2 yang biasa buat mathemetik tolak campur tak boleh tersilap dalam sifir ini. Angka-angka yang akan di dedahkan ini bukan rekaan sesiapa. Angka-angka ini dari Felda sendiri.

Dalam tahun 2007 hingga 2010, purata lebihan pendapatan Felda dari sumber ladang sahaja adalah RM522 juta setahun. Jumlah ini di perolehi lepas di ambil kira pendapatan Felda sebanyak RM2,458 juta setahun dan perbelanjaan sebanyak RM1.936 juta setahun. (RM2,458 juta - RM1,936 juta = RM522 juta). Setakat ini no problem nak fahamkan?

Selepas penyenaraian, Felda akan terima RM251 juta setahun dari FGVB dalam bentuk bayaran pajakan tanah seluas 360,067 hektar milik Felda Plantataions Sdn Bhd yang akan di pajak kepada FGVB untuk tempuh 99 tahun. Harga ini akan di kekalkan selama 10 tahun. Selain daripada itu FGVB akan serahkan kepada Felda 15% dari daripada keuntungan operasi FGVB dalam sektor pertanian sahaja. 15% ini dianggar bernilai RM257 juta setahun.

Jumlah keseluruhan yang bakal di terima oleh Felda selepas penyenaraian FGVB akan susut ke RM508 juta (RM251 juta + RM257 juta = RM508 juta) dan apabila di ambil kira perbelanjaan sebanyak RM1,936 juta setahun sepertimana dalam 2007 - 2010, Felda akan mengalami defisit sebanyak RM1,428 juta setahun (RM508 juta - RM1,936 juta = - RM1,428 juta). Senang kan? Mudah untuk di fahami. Tetapi mengapa ada puak yang mengaku cerdik tak faham-faham lagi?

Jadi persoalan saya, mengapa FGVB perlu di senaraikan sedang penyenaraian akan membawa kerugian berbillion kepada Felda? Ada udang sebalik batu?

Read more...

Kelentong Hassan Ali PhD ....

Hassan Ali yang ada gelaran PhD sudah mula bersuara. Kali ini secara lantang Hassan beri amaran kononnya Malaysia akan bergabung dengan Singapura sekiranya Pakatan di beri kuasa memerintah. Kononnya Fasal 153 Perlembagaan akan di gugurkan dan hak keistimewaan Melayu akan terhakis. Namun, bagaimana pun kata Hassan, perkara ini masih belum lagi boleh di buat kerana tindakan ini perlu kelulusan Majlis Raja-Raja.


Ikhlas saya cakap bahawa statemen ini merupakan satu statemen paling banggang yang pernah saya dengar.

Hassan terlupa bahawa Malaysia, sepertimana Singapura, merupakan Negara yang berdaulat. Mana mungkin Malaysia di bawah pimpinan Pakatan Rakyat boleh bergabung begitu sahaja dengan Singapura. Lagi pun Hassan terlupa bahawa yang mempunyai tabiat menyerahkan bahagian-bahagian Malaysia ini sebenarnya kerajaan BN. Singapura pernah di serahkan semasa pemerintahan Tuanku dan semasa pemerintahan Pak Lah pula, kita kehilangan pulau-pulau dan kawasan-kawasan minyak. Jadi siapa yang sebenarnya mempunyai tendency untuk menggadai atau menjual Negara?

Perkara 153 Perlembagaan tidak boleh di pinda atau di gugur sewenang-wenangnya. Pindaan kepada Perlembagaan perlu persetujuan atau undi dari 2/3 majoriti dalam Parlimen. Apakah, Pakatan Rakyat, kalau dapat rampas Putrajaya dari BN, akan peroleh majoriti 2/3 di Parlimen? Kalaupun, Pakatan Rakyat dapat 2/3 majoriti dalam Parlimen, mana mungkin DAP dapat main peranan dominen selepas bertanding hanya 44 kerusi dari 222 kerusi Parlimen. Adakah ahli-ahli Parlimen yang berbangsa Melayu akan mendiamkan diri kalau sekiranya ada cadangan berbuat demikian dari DAP? Tidak ada sebarang kemungkinan, walau sekecil zarah sekali pun, bahawa perkara ini akan berlaku. Jangan dok kelentong la Hassan ...

Pindaan kepada Perlembagaan perlu restu atau persetujuan Majlis Raja-Raja? Undang-undang mana si Hassan pakai? Undang-undang Mongolia ke? Sebarang pindaan kepada Perlembagaan tidak perlu persetujuan atau restu Majlis Raja-Raja. Pindaan di buat di Parlimen dan sebarang pindaan yang di luluskan hanya perlu perkenan dari Yang DiPertuan Agung. Itu pun, apabila Yang DiPertuan Agung tidak perkenankan dalam satu tempuh yang di tetapkan, pindaan akan di anggap sebagai telah di perkenankan oleh Yang Di Pertuan Agung.

Sudah-sudah Hassan. Jangan ikut nafsu ... At the end of the day, seluar hang juga yang akan terlondeh ...

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP