Mazlan Aliman pejuang Peneroka

>> Saturday, March 13, 2010

Written by Aris Fezul Ismail
Friday, 12 March 2010 14:43

Gema takbir di Mahkamah Raub pagi semalam tentu menjadi tanda tanya kepada seorang pemimpin pemuda Umno Bahagian yang kebetulan berada di situ. Polis yang mengiringi OKT yang dituduh menceroboh tanah rancangan Felda juga terpinga pinga, siapakah gerangan lelaki yang mereka bawa dengan tangan bergari itu, hingga begitu ramai sekali penyokongnya hadir pagi semalam dari seluruh negara.

Mazlan Aliman lelaki yang dikepung puluhan polis bantuan di ketuai Pengurus Felda Lembah Klau 9 Mac lalu, bukan lah tokoh besar dari PAS sehebat Mat Sabu yang mampu mengumpulkan ribuan pendengar setiap kali berpidato. Beliau hanya lah seorang generasi kedua Felda yang memimpin sebuah NGO yang baru berusia 3 tahun. Tetapi kelantangan dan kesungguhannya membela nasib peneroka dan generasi kedua Felda di seluruh negara menjadikan namanya sehebat Anwar Ibrahim di kalangan masyarakat Felda.

Dia menghabiskan hari harinya menjelajah ke seluruh negara bersama Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) mendengar rintihan peneroka Felda bukan sahaja dari penyokong Pakatan rakyat tetapi juga dari Umno. Kegigihannya itu menjadi kerisauan pihak pihak yang selama ini hanya berpeluk tubuh berada di zon selesa.

Maka apabila munculnya buku kedua Mazlan hasil kajian 15 tahun tentang Felda bertajuk 'Felda: Dulu Tolong Sekarang Along' yang cukup tak disenangi Felda kerana membongkar segala 'kebusukan' puluhan tahun institusi yang di lihat suci pada luarannya, maka juak juak pengampu berkepentingan pun bertempik sorok, kami lah pembela peneroka! Mereka yang dulunya mengaharamkan demontrasi tiba tiba menjadi 'penagih tegar' berdemontrasi di sana sini membantah buku tulisan Mazlan Aliman. Mak cik mak cik dari GPW dan budak budak nakal pun dibawa bersama ke perhimpunan haram yang mereka halalkan.

Saya yang menonton Buletin Utama tergelak seorangan melihat gelagat ketua mereka yang mungkin sudah bercucu dan sepatutnya memimpin Majlis Belia 'Pencen' Malaysia (MBPM) memberikan alasan penentangan mereka ke atas buku tulisan Mazlan itu adalah kerana buku itu tidak mendapat kelulusan KDN! Ha ha .. mungkin lah dalam usia seorang yang telah bergelar 'atuk', barangkali sang ketua tak berkesempatan untuk ke kedai buku untuk melihat lambakan buku yang tiada kelulusan KDN.

Hari ke hari Mazlan terus menjadi sasaran serangan mereka. Terakhir, sebelum ANAK menyerahkan memo kepada SUHAKAM tentang Felda, 'budak budak' dari sebuah pertubuhan belia telah membuat satu report polis ke atas ANAK dan menghantar memo mendesak Felda dan JKKR bertindak untuk menghalang ANAK yang dipimpin Mazlan dari mengadakan aktivitinya di rancangan Felda.

Kemuncaknya 9 Mac lalu, peneroka Lembah Klau menyaksikan sendiri bagaimana Pengurus mereka Encik Awang Sulung yang baru saja merehatkan 3 orang peneroka di lokap polis walaupun ada yang mencecah usia 70 tahun, bagaikan Ketua Polis Negara mengetuai gerombalan 'tenteranya' mengepong rumah seorang peneroka ketika Mazlan sedang berdailog di beranda rumah tersebut bersama beberapa orang warga peneroka. Mak cik mak cik bersebelahan rumah tersebut pastinya kecut perut dan terbayangkan Peristiwa Memali 1985.

Hujung tahun 70 an dan awal 80 an ketika saya masih di sekolah rendah, pernah juga saya dengar kisah pengurus pengurus yang kurang cerdik bertindak zalim ke atas peneroka. Tetapi selepas 30 tahun berlalu, rupanya masih ada juga pengurus Felda yang bukan lagi kurang cerdik tetapi 'benar benar tidak cerdik'.

Tidak ada sedikit kegusaran bagi Mazlan Aliman sepanjang dua malam direhatkan di lokap polis Raub. Kenapa? "Ini kali ke lapan saya di lokap", senyum saja Mazlan menjawabnya. Tetapi Encik Awang Sulung boleh ke tidur malam? Bagaimana pula kalau kali ini beliau pula akan ke lokap? Lu pikir lah sendiri Awang!

Mazlan diingat sebagai pejuang peneroka, Awang pula hebatnya berjaya melokapkan penerokanya sendiri ..

Wahai warga FELDA, selama ini kamu dibuai mimpi dan janji manis. Jom bangkit dan rapatkan saf. Jangan biarkan Mazlan bersendirian dimedan perang. Segera daftar diri sebagai ahli ANAK dan berperang bersama Mazlan. Peperangan ini bukan peperangan Mazlan seorang akan tetapi peperangan semua peneroka diseluruh Malaysia. Jangan biarkan diri anda ditipu dan dirompak lagi.

Read more...

Mazlan bebas dengan bon polis

>> Thursday, March 11, 2010

Jam 11.00 pagi tadi Mazlan Aliman telah dibebaskan dengan ikatan bon Polis sebanyak RM3,000.00 apabila Inspekter Azran mengesahkan bahawa siasatan polis dalam kes Mazlan telah selesai.

YDP PAS Kawasan Raub Dr Haji Nilam bin Manaf telah sanggup untuk menadatangani Bon polis dan Mazlan telah dibebaskan daripada tahanan polis jam lebih kurang 12 tengah hari.

Satu sidang media telah diadakan sejurus selepas pembebasan Mazlan diPejabat PAS Kawasan Raub. Sidang media turut dihadiri YB Ravi, YB Taufik, Dato Tuan Ibrahim, Sdr Fadzli dan ramai lagi pucuk pimpinan PAS dari Negeri Sembilan. Maaf dipinta kerana saya tak ingat nama-nama pimpinan PAS yang hadir dan atas sebab itu nama-nama tidak dapat dicoretkan disini.

Sebelum sidang media, Dato Tuan Ibrahim, Sdr Mazlan dan saya telah berucap dan bentangkan beberapa isu berhubung kait penahanan Sdr Mazlan dimana telah dicadangkan agar tindakan undang-undang diambil terhadap FELDA. InsyaAllah perkara ini akan dilakukan sebaik dapat persetujuan dari pucuk pimpinan.

Dalam masa yang sama, saya mengambil kesempatan untuk ucapan ribuan terima kasih kepada semua penyokong-penyokong yang telah banjiri foyer Mahkamah untuk 2 hari berturut-turut. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Inspekter Azran yang telah bertindak secara profesyional selama kendalikan kes ini.

Read more...

Mazlan direman 1 hari

>> Wednesday, March 10, 2010

Mahkamah Magistret Raub penuh sesak pagi tadi apabila hampir kesemua pimpinan PR Raub dan beberapa ahli PAS Pusat hadir untuk memberi sokongan moral kepada Mazlan Aliman. Mazlan Aliman telah dibawa dihadapan Magistret, Puan Siti Hajar Mustaffa hari ini untuk prosiding reman.

Mazlan dikatakan telah melakukan pencerobohan jenayah dan disiasat dibawah Seksyen 441 Kanun Keseksaan. Seseorang yang disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 441 boleh dihukum penjara untuk tempuh tidak kurung dari 6 bulan atau denda tidak lebih daripada RM3,000-00 atau kedua-duanya sekali.

Inspector Azran selaku pegawai siasatan telah mohon agar pihak polis diberi tempuh reman 4 hari untuk selesaikan siasatan dan setelah bantahan dibuat oleh saya, Puan Siti Hajar telah benarkan reman selama sehari.

Mazlan akan dihadapkan diMahkamah sekali lagi besok (11/3/2010) dan ada kemungkinan besar pihak polis akan memohon untuk lanjutkan perintah reman. Permohonan ini akan sekali lagi dibantah oleh saya.

Sedih juga apabila saya lihat Mazlan, seorang pejuang nasib generasi kedua FELDA, dibawa masuk keMahkamah dengan sebelah tangan beliau digari kepada tangan seorang lagi yang disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Seolah-olah Mazlan merupakan seorang penjenayah berat.

Saya tidak akan benarkan pihak polis salahguna Seksyen 117 dalam apa keadaan sekalipun.

Read more...

President ANAK to be remanded

Jam lebih kurang 9.00 malam semalam saya telah terima satu call dari Tengku Shah Amir mengatakan dia dan YDP PAS Kawasan Raub berada diIbu Pejabat Polis Daerah Raub kerana Mazlan Aliman, Presiden, Persatuan Anak-Anak Peneroka (ANAK) telah ditahan untuk memberi keterangan. Saya pun terus kebalai dan disitu telah berjumpa dengan Selvaraju (DAP) dan beberapa orang teman-teman lain dari Lembah Klau.

It seems Mazlan went to his friend’s house in FELDA Lembah Klau on ANAK business. He had about 15 anak-anak peneroka listening to him dalam rumah kawan dia apabila dia dilarang orang Pengurus FELDA Lembah Klau untuk berbuat demikian. Kononnya sesiapa sahaja yang ingin masuk kedalam FELDA Klau perlu sanction dari dia kerana FELDA Klau adalah dalam pengelolaan dia. Mazlan dan Pengurus FELDA telah buat lapuran polis dan masing-masing telah beri statement kepada IO.

At about 12.00 midnight I was told by Inspector Azran that Mazlan will be detained for allegedly committing criminal trespass and that he will be produced before the Magistrate for a remand order. Terpaksa la Mazlan bermalam dilokup malam ini.

InsyaAllah saya akan mewakili Mazlan dalam prosiding reman jam 9.00 pagi nanti dan bantah apa-apa sahaja perintah reman yang akan dipohon oleh pihak polis kerana I feel that there is no necessity to remand Mazlan as a statement has been recorded from both Mazlan and the Manager. Mazlan has also admitted that he was in his friend’s house and Mazlan has been identified by the Pengurus. There is nothing left to be investigated and therefore, why the need to remand? Mazlan ought to be immediately charged and released on bail.

I will keep all of you posted on developments made. In the interim, mai ramai-ramai keMahkamah jam 9.30 pagi ini untuk memberi sokongan moral kepada Presiden ANAK.

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP