Teluk Intan - Undi Dyana Sofya

>> Wednesday, May 28, 2014

Okay ... baru-baru ini, di Teluk Intan, Zahid kata Cina DAP tak mengenang budi. Beliau, serta kaum India dan Melayu sedih dengan Cina DAP yang tak kenang budi. Dalam masa yang sama, kita sering dengar kumpulan kumpulan pendesak seperti PERKASA dan ISMA label Cina dan India sebagai pendatang yang telah datang ke Malaysia untuk rampas hak orang Melayu.

Berdasarkan kepada kata-kata Zahid dan saranan PERKASA dan ISMA maka nasihat saya kepada pengudi-pengundi Teluk Intan adalah seperti berikut: -

Pengundi Cina - BN menganggap anda semua dari jenis yang tidak kenang budi. Maka dengan itu saya seru kepada kamu, wahai pengundi Cina, jangan sesekali undi BN kerana BN akan terus anggap kamu sebagai satu puak atau kaum yang tidak mengenang budi. Kamu telah datang ke Malaysia atas ehsan orang Melayu dan kamu merampas hak orang Melayu

Kepada pengundi Melayu - Cina adalah pendatang dan tidak ada hak. Mereka perlu kembali ke negara asal mereka apabila Melayu hilang sabar dengan mereka. Buat sementara ini Melayu sabar lagi dengan kerenah Cina. Jadi pengundi Melayu - adakah kamu akan undi pendatang yang sentiasa cabar kesabaran kaum Melayu dan rampas hak-hak orang Melayu.

Oleh itu, pengundi Cina perlu tolak BN dan pengundi Melayu perli tolak calun Cina dan undi Dyana Sofya - beliau bukan Cina DAP yang tidak mengenang budi dan beliau juga bukan pendatang yang akan rampas hak orang Melayu sebab sebagai Melayu beliau sudah pun ada hak ...

Read more...

Zahid Joker ban geya ...

Barisan Nasional sudah mula mengunakan politik ugut dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan dan ugutan tersebut bukan datang daripada Ketua JKKK tetapi dari seorang Menteri yang menjaga polis. Mengapa perlu ugut? Apakah aura Dyana Sofya begitu hebat sehingga Zahid Hamidi terpaksa ugut RELA? Dari bacaan saya, begitu la keadaan di Teluk Intan.

Apa yang di ingini oleh Zahid semasa mengeluarkan pengataan bahawa beliau tahu siapa yang undi dan siapa yang tidak undi semasa PRU 13 adalah jelas - Zahid ingin memastikan bahawa kesemua anggota RELA dalam ketakutan dan keluar mengundi BN pada 31/05/2014. Kalau mereka tidak keluar atau sekiranya mereka keluar mengundi akan tetapi mengundi selain daripada BN, maka siap lah mereka sebab Zahid tahu siapa yang undi dan kepada siapa undi mereka di beri. Satu penipuan bertahap mega daripada seorang bertaraf Menteri.

Selain daripada melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya, perbuatan Zahid juga merupakan perbuatan bangsat dan low class. Zahid tidak menghormati sistem demokrasi yang di amalkan di Malaysia. Zahid menganggap anggota RELA adalah boneka milik BN dan BN boleh suruh mereka lakukan apa sahaja yang BN mahukan. Boleh dianggap haramjadah sesiapa sahaja yang ugut pengundi untuk peroleh undi. Kemaruk sangat mahukan undi sehingga sanggup mengunakan apa sahaja cara.

SPR yang bacul dan dayus sanggup melindungi kerja bangsat Zahid dengan memberi alasan bahawa Zahid hanya menasihati. Tang mana pengataan Zahid berbentuk nasihat? Saya tak nampak.

Alasan Zahid bahawa beliau hanya bergurau dengan anggota RELA juga perlu ditolak. Maaf saya kata bahawa bukan semua anggota RELA berpelajaran tinggi. Ada di antara mereka akan percaya apa sahaja yang di ucapkan oleh seorang yang bertaraf menteri walaupun mereka tahu apa yang di katakan oleh PakMenteri tidak betul. Pada saya alasan Zahid hanya sebagai cover line selepas terkantoi dengan kebodohan sendiri.

Zahid perlu berhenti bergurau dalam isu-isu serious seperti demokrasi dan masa depan negara - kami tidak perlukan seorang badut dalam parlimen.


Read more...

BN perkauman ...

>> Monday, May 26, 2014

Masih percaya dengan Barisan Nasional terutamanya UMNO? Kata-kata pemimpin UMNO berbelit-belit dan tak habis-habis menipu rakyat. Namun, yang menghairankan saya, masih ada rakyat Malaysia yang sayang dan undi BN dalam pilihanraya.

Di Teluk Intan sebentar tadi, Sharizat Jalil dengan bangganya telah hebahkan bahawa UMNO tolak politik perkauman (sini). Pada saya, BN tolak politik perkauman ibarat Punjabi tolak Capati, India tolak Tosai dan Melayu tolak Nasi Lemak.

Mengapa saya kata begitu? Lihat sahaja komponen terbesar BN - UMNO, MCA dan MIC. Apa asas perjuangan komponen-komponen BN kalau bukan perkauman? UMNO parti Melayu. MCA parti Cina dan MIC parti India. Bukan perkauman kah itu? Habis kalau parti pun dah bersaskan kaum, macamana boleh elak daripada politik perkauman? Adakah MCA akan perjuangkan hak orang India dan Melayu? Adakah MIC akan perjuangkan hak orang Melayu dan Cina dan begitu juga, adakah UMNO akan perjuangkan hak orang India dan Cina? Maka ucapan Shahrizat  yang mengatakan bahawa BN tidak berkenan dengan politik perkauman adalah bertentangan dengan polisi BN dan merupakan satu penipuan.

Yang peliknya, sebelum pengataan Shahrizat yang menafikan BN terlibat dengan poilitik perkauman, Zahid Hamidi telah pamirkan jenis politik yang diamalkan oleh BN apabila telah keluarkan satu kenyataan yang 100% perkauman (sini). Peniaga Cina yang berjaya tidak kenang budi kata Zahid ... apa kah ucapan Zahid yang persoalkan kesetiaan Cina bukan perkauman?

Saya tak tahu apa niat Shahrizat. Sama ada beliau tidak faham dan tidak tahu apa perjuangan BN atau ucapan Shahrizat semata-mata untuk tutup mulut celupar Zahid yang telah mengesahkan bahawa BN merupakan komponen perkauman.

Dan jangan lupa ungkapan  "apa lagi Cina mahu" ...

Read more...

Hudud - UMNO, MCA, Gerakan dan DAP ...

Antara UMNO, MCA, Gerakan dan DAP siapa sebenarnya yang menolak hudud?

Dalam tahun 1993, DUN Kelantan telah luluskan Enakmen Syariah sebagai langkah pertama ke arah perlaksanaan Hudud di Kelantan. Sebaik di luluskan, Tun M yang ketika itu menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, telah beritahu Kerajaan Kelantan bahawa Kerajaan Pusat tidak setuju dengan perlaksanaan undang-undang Syariah di Kelantan. Ini kemudian di ikuti dengan tindakan Mahkamah oleh Zaid Ibrahim yang pada masa itu menjadi orang kuat UMNO Kelantan.

Bukan setakat menyekat perlaksanaan hudud di Kelantan, malahan Tun M secara konsisten telah menghina hudud dari 1993 sehingga kini. Dalam kata-kata Tun M – kalau mahu makan sup tangan boleh pergi ke Kelantan dan terbaru, Hudud tidak ada dalam Al Quran. Hudud hanya ciptaan ahli feqah. Najib juga tidak kurang. Najib telah secara terang terangan menolak hudud atas alasan kononnya tidak sesuai di laksanakan di Malaysia. 

MCA pula ugut keluar dari BN sekiranya UMNO sokong usul PAS untuk laksanakan Undang-Undang Islam di Kelantan. Wanita MCA tidak kurang lantang apabila persoalkan hak wanita, yang mengikut mereka, tidak di jaga di bawah Undang-Undang Islam. Pada pendapat MCA Hudud adalah undang-undang kuno yang akan membawa Malaysia ke arah kemunduran.  Meroyan MCA tidak terhenti di situ. MCA ugut akan buat human shield di bangunan Parlimen untuk larang ahli-ahli Parlimen PAS masuk ke Parlimen untuk bentang usul untuk laksanakan Hudud di Kelantan.

Gerakan pun tidak kurang hebatnya sehingga hadir di Pejabat Agung PAS untuk serah memorandum dengan ugutan bahawa sekiranya PAS teruskan dengan hasrat untuk bentang usul di Parlimen, Gerakan tidak akan teragak-agak untuk mulakan tindakan Mahkamah terhadap PAS.

Apa mahu di pertikai lagi ... MCA dan Gerakan, bukan sahaja dengan terang-terangan tolak hudud, malahan mereka hina Undang-Undang Islam dan UMNO hanya mampu mendiamkan diri seolah-olah mengizinkan gerakan-gerakan bukan Islam menghina Islam. Atau adakah UMNO sedang mengunakan gerakan gerakan bukan Islam sebagai boneka  untuk menolak Undang-Undang Islam?

Bagaimana pula dengan DAP? Kita masih ingat kata-kata mendiang Karpal Singh … over my dead body. Over my dead body bukan bermakna bunuh saya dulu seperti di terjemahankan oleh macai-macai UMNO. Over my dead body membawa makna – tidak boleh selagi saya hidup. Karpal sudah tiada. Apa pula pendirian DAP selepas ketiadaan Karpal? Setakat ini Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng belum keluarkan sebarang kenyataan menentang hudud di laksanakan di Kelantan walaupun berpendapat bahawa perlaksanaan Undang-Undang Islam bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan maka atas alasan itu, tidak akan undi sekiranya diusulkan oleh PAS di Parlimen.

Jelas bahawa DAP tidak tentang perlaksanaan hudud di Kelantan secara keseluruhan akan tetapi mengambil pendirian tidak akan undi sekiranya di bentangkan oleh PAS. Dalam apa keadaan sekali pun, kita tidak pernah dengar sebarang cacian, makian atau penghinaan terhadap Undang-Undang Islam daripada pemimpin-pemimpin DAP sepertimana kita dengar daripada pemimpin-pemimpin UMNO, MCA, Gerakan dan Zulkifli Nordin yang telah persoalkan hudud di Parlimen dengan kenyataan bahawa hudud menghalalkan liwat.

Pakatan Rakyat mempunyai pendirian bersetuju untuk tidak setuju. DAP dan PKR telah sarankan agar PAS perjuangkan hudud di atas pentas PAS sendiri dan bukan di atas pentas Pakatan Rakyat. Maka jelas bahawa DAP tidak pernah tentang perlaksanaan hudud dan tidak akan tentang perlaksanaan hudud sekiranya usul PAS di Parlimen berjaya dan undang-udang Islam di laksanakan di Kelantan.


Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP