BN perkauman ...

>> Monday, May 26, 2014

Masih percaya dengan Barisan Nasional terutamanya UMNO? Kata-kata pemimpin UMNO berbelit-belit dan tak habis-habis menipu rakyat. Namun, yang menghairankan saya, masih ada rakyat Malaysia yang sayang dan undi BN dalam pilihanraya.

Di Teluk Intan sebentar tadi, Sharizat Jalil dengan bangganya telah hebahkan bahawa UMNO tolak politik perkauman (sini). Pada saya, BN tolak politik perkauman ibarat Punjabi tolak Capati, India tolak Tosai dan Melayu tolak Nasi Lemak.

Mengapa saya kata begitu? Lihat sahaja komponen terbesar BN - UMNO, MCA dan MIC. Apa asas perjuangan komponen-komponen BN kalau bukan perkauman? UMNO parti Melayu. MCA parti Cina dan MIC parti India. Bukan perkauman kah itu? Habis kalau parti pun dah bersaskan kaum, macamana boleh elak daripada politik perkauman? Adakah MCA akan perjuangkan hak orang India dan Melayu? Adakah MIC akan perjuangkan hak orang Melayu dan Cina dan begitu juga, adakah UMNO akan perjuangkan hak orang India dan Cina? Maka ucapan Shahrizat  yang mengatakan bahawa BN tidak berkenan dengan politik perkauman adalah bertentangan dengan polisi BN dan merupakan satu penipuan.

Yang peliknya, sebelum pengataan Shahrizat yang menafikan BN terlibat dengan poilitik perkauman, Zahid Hamidi telah pamirkan jenis politik yang diamalkan oleh BN apabila telah keluarkan satu kenyataan yang 100% perkauman (sini). Peniaga Cina yang berjaya tidak kenang budi kata Zahid ... apa kah ucapan Zahid yang persoalkan kesetiaan Cina bukan perkauman?

Saya tak tahu apa niat Shahrizat. Sama ada beliau tidak faham dan tidak tahu apa perjuangan BN atau ucapan Shahrizat semata-mata untuk tutup mulut celupar Zahid yang telah mengesahkan bahawa BN merupakan komponen perkauman.

Dan jangan lupa ungkapan  "apa lagi Cina mahu" ...

1 comments:

Aszfia Haris May 27, 2014 at 6:00 AM  

BN dan isu perkauman mana boleh dipisahkan. Ia ibarat aur dan tebing dan isi dan kuku. Boleh cek air kencing Shahrizat lepas dia buat statement. kot2 dia mabuk ketum.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP