Kesian Shafie tak dapat nak kencing

>> Saturday, April 10, 2010

Shafie Apdal tak dapat nak kencing … ha ha ha. Dia kata, Kerajaan Pakatan Rakyat dah melampau sebab tak sediakan toilet untuk dia kencing and tak bagi dia dewan untuk berceramah.

Firstly, calun belum diumumkan lagi la bodoh, yang hang nak kempen gunakan dewan apa hal … kan SPR dah kata – no kempen before penamaan calun. Siapa yang berkempen akan dikenakan tindakan dibawah Seksyen 27 Akta Polis. Ini kerajaan Negeri Selangor nak tolong hang la ini. Kalau diberi dewan, hang akan berkempen. Nanti Polis tangkap hang dibawah Seksyen 27. Kan elok kalau tak diberi dewan? Lagi pun, adakah Kerajaan Negeri Selangor under an obligation to allow you to use the Dewan just because you are a Menteri? I don’t think so.

Secondly, padan muka hang … Hang tau Shafie? Bukan main susah kami orang PR nak berceramah kat Raub ini. Hari itu kami ada program kat FELDA Tersang. Kami pergi jumpa dengan Pengurus FELDA. Hang tahu tak apa dia kata? Dia kata “tolong la saya. Nanti teruk I dikenakan orang atasan. Saya ada arahan agar tidak benarkan PR berceramah kat FELDA Tersang. You orang nak bawa Mazlan. Lagi teruk I kena nanti” (lebih kurang begitu la dialog siPengurus itu). Kami pun berlembut dan terus pindah keMarkas PAS diKampung Ria. Kami tak komplen kat Hang pun. Kami tak komplen kat media pun.

Besoknya kami ada ceramah diFELDA Lembah Klau pula. Dua hari sebelum cermah, permit kami dibatalkan atas alasan ceramah dibantah oleh Pengurusan FELDA. Kami pergi juga. Disitu kami ditahan oleh Pengurus FELDA dan FELSCO. Gambar kami diambil. Nombor kereta kami dicatit. Kami diperlakukan seolah-olah kami ini penjenayah. Mereka bertindak kurang ajar dengan Dato Tuan Ibrahim. Ada kami komplen kat Hang, Shafie oooiii? Ada kami komplen kat media? Takde pun.

Lepas itu kami call OCPD dan bagi tahu kat dia yang kami nak berceramah diMarkaz PAS mengapa tak boleh masuk. OCPD kata okay masuk tetapi Pengurus tetap tak puas hati dan call orang atasan dia diWilayah Persekutuan. Kami dibenarkan berceramah tetapi dengan banyak syarat-syarat yang ketat.

Ini nak tanya kat hang Shafie oooiiii … Baru sekali terkena hang dah melinting. Boleh tolong jawap, mengapa kami tidak dibenarkan masuk dimana-mana FELDA diseluruh Malaysia? Mengapa kami tidak dibenarkan berceramah dalam Dewan-dewan diNegeri-negeri dibawah pimpinan BN. Mengapa kami tidak diberi permit untuk berceramah ditempat-tempat awam? Kalau Kerajaan Negeri Selangor kurang ajar kerana tidak bagi hang kencing dengan selesa kami berhujah Kerajaan BN lagi kurang ajar kerana terus block kami daripada berceramah. Kami ditindas. Ada kami komplen kat hang? Ada kami menanggis kat media?

Ada pepatah Inggeris – a tit for tat …. kini baru padan muka hang

Read more...

Tolak politik serta NGO perkauman

31 Ogos, 1957 merupakan tarikh keramat. Malaya telah capai kemerdekaan dan seterusnya bebas dari belengu penjajah. Enam tahun kemudian Malaysia telah ditubuhkan. Namum, adakah kita merdeka dalam ertikata sebenar. Saya dilahirkan dalam bulan Disember, 1957, iaitu 3 bulan 16 hari selepas Malaya merdeka. Saya anak Malaysia. Namun, adakah saya sebenar-benarnya merdeka? Adakah saya benar-benar anak Malaysia?

Pada asalnya saya seorang Punjabi berugama Sikh. Walaupun begitu, saya sentiasa melihat diri saya sebagai seorang anak Malaysia dan selepas daripada itu baru seorang yang berketurunan Punjabi. Kini saya seorang anak Malaysia, berketurunan Punjabi yang berugama Islam. Priority kita kena betul - yang dahulu perlu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.

Kalau kita tidak boleh terima hakikat bahawa kita adalah a “Malaysian first”, maka slogan 1Malaysia akan terkubur tidak lama lagi. Kesian Najib. Siapa kah mereka yang akan padamkan slogan Najib? Tak lain tak bukan mereka yang berpolitik berlandaskan perkauman - MCA, MIC, UMNO dan PERKASA.

Saya masih ingat, beberapa tahun dahulu, peguam-peguam berugama Islam telah berjuang mati-matian untuk tubuhkan Majlis Peguam Islam. Mereka tidak mahu bernaung dibawah payung Majlis Peguam yang merupakan Majlis induk Peguam-peguam seMalaysia. Kalau tak silap saya Zul Nordin salah seorang daripada pengasas Majlis Peguam Islam. Tidak dinafikan bahawa Majlis yang dicadangkan oleh Peguam-peguam Muslim tertubuh akan tetapi hingga kehari ini masih tidak relevan. Seolah-olah “hidup segan mati tak mahu”. Apa sahaja yang berlandaskan perkauman tidak akan kekal.

Zaman saya bersekolah sekitar tahun 60han hingga 70han, persoalan kaum tidak pernah wujud. Anak Cina kawan saya, anak India kawan saya dan anak Melayu juga kawan saya”. Tidak pernah ada masalah perkauman. Persahabatan saya dengan “anak India, anak Cina dan anak Melayu” kekal hingga kehari ini. Kami tidak pernah melihat diri kami sebagai Melayu, India atau Cina.

Namum dizaman sekarang, apabila anak-anak Malaysia sudah cilik IT, keadaan berubah. Berubah jauh sekali. Sentimen perkauman ditiup setiap hari. Hari ini kita dengar dialog – awak Melayu saya Cina, saya India awak Melayu atau saya Melayu awak India. Mana perginya saya atau kita anak Malaysia?

Pada pendapat saya, keadaan ini tidak akan dapat diperbaiki selagi ada UMNO yang kononnya membela hak Melayu. Selagi ada MCA yang kononnya membela hak Cina dan selagi ada MIC yang kononnya membela hak India. Siapa sedang atau akan membela nasib dan hak Orang Asal? Siapa sedang atau akan membela nasib dan hak anak Kadazan? Siapa membela nasib dan hak kaum minoriti lain?

Kini timbul pula PERKASA. Kononnya tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang campur tangan dalam isu hak orang Melayu. PERKASA untuk membela nasib, hak dan keistimewaan orang Melayu. Apa, UMNO dah tak relevan ke?

Come on la … we are beyond that. Jangan pandang anak-anak Malaysia tak berotak. Kami, atau sekurang-kurangnya saya, sudah jemu dengan politik perkauman. Politik perkauman sudah tak relevan lagi. Saya pasti, sekiranya politik perkauman yang sempit diteruskan sehingga PRU 13, keputusannya akan lebih dasyat daripada keputusan PRU 12. PR yang berasaskan Ketuanan Rakyat akan kuasai Putrajaya. InsyaAllah …

On a lighter note, saya teringin sangat mahu tengok gelagat Pak Ibrahim dan Wira-wira PERKASA diHulu Selangor kelak. Mereka kini dalam situasi “catch 22”. Mahu sokong calun MIC yang berketurunan Tamil atau calun PKR yang sudah pasti Melayu. Apa relevannya PERKASA yang kononnya mempertahankan hak orang Melayu kalau secara terang-terang mereka sokong dan berkempen untuk calun Tamil. Kalau perkara ini berlaku, saya akan jadi orang pertama yang akan menyeru Presiden serta Wira-wira PERKASA tanggalkan songkok tinggi yang mereka pakai sekarang.

Adakah PERKASA sanggup melacurkan prinsip semata-mata kerana politik?

Read more...

UMNO kebal?

>> Friday, April 09, 2010

Kita semua sedia maklum amaran daripada SPR – tindakan dibawah Seksyen 27 Akta Polis akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang berkempen sebelum penamaan calun.

Kita juga sedia maklum bahawa amaran ini ditujukan, bukan kepada BN, akan tetapi kepada PR. BN boleh langgar undang-undang, namum BN tidak pernah buat salah. BN kebal undang-undang.

PR beri RM100-00 kepada warga emas, puak-puak BN berlumba-lumba keBalai untuk buat lapuran dan polis pun, seolah-olah satu kesalahan yang dahsyat telah dilakukan oleh PR, akan mulakan siasatan. Polis seolah-olah buta apabila BN secara terang-terang mengamal rasuah politik. Kalau memberi hadiah RM100.00 kepada warga emas dikatakan rasuah ... Apa, mengeluarkan geran beberapa hari sebelum pilihanraya umum atau kecil, bukan rasuah? Apa, mengumumkan pembinaan sekolah sebelum pilihanraya bukan rasuah?

Sehari selepas pengumuman pilihanraya kecil diHulu Selangor diumumkan oleh SPR, TPM telah umumkan RM2 juta untuk perbetulkan saliran air dan pada hari yang sama juga telah umumkan peruntukkan RM100,000.00 untuk beli kereta jenazah dan juga untuk baiki tempat wuduk. Apa ini bukan rasuah? SPR buta? Polis dimana?

Semasa pengumuman-pengumuman ini dibuat oleh TPM, polis tidak nampak ke berapa orang yang menyertai rombongan TPM? Berapa barua dan penjilat bersama TPM pada hari itu. Bukankah TPM dan geng telah melanggar Seksyen 27? Mengapa tiada tangkapan dibuat?

Begitu juga keesokannya, bukan main lagi PM berupacara pecah tanah projek membina rumah untuk generasi kedua FELDA. Bukankah ini rasuah politik? SPR tak nampak ke atau buat-buat tak nampak. Mengapa tiada tangkapan dibuat dibawah Seksyen 27 kerana rombongan PM semestinya melebehi 5 orang

Tak takut mati ke wahai SPR dan polis?

Read more...

Kata-kata hikmah Dato A Samad Said

>> Thursday, April 08, 2010

Dalam negara kita kini memang banyak kecuaian sedemikian. Lihatlah—terhidu wabak menyonglap dana; tersebar istilah berubah makna; terpercik ghaib enjin “jet” sendiri; tertular pejuWang melelong diri.

Apabila kita mula ghairah menimbus kebenaran sebagai kepalsuan—dan serentak— menggali kepalsuan sebagai kebenaran, kita mereputkan akar peribadi bangsa. Jika berlanjut, kita bakal menjadi bangsa yang sebal.

Lihat—kita sudah jarang mengingati Visi 2020. (Adakah lagi wawasan itu?). Kita semakin jarang menyebut agenda pertingkat penduduk ke 40 juta. (Memang adakah dasar rasminya?). Kita mula melupai Islam Hadhari. (Apakah kini memang harinya terhad?). Sebaliknya, dalam rahsia, kita mula mempertanya tentang kerugian bilionan di bawah kuasa dua orang bekas PM; berhujah tentang pencemaran makna “royalti”; berdebat tentang mengapa selepas 6 PM Melayu berkuasa kita masih juga terpaksa menjerit Melayu terancam?

Pemimpin kita hanya duduk semeja sejak Merdeka. Mereka sangat selesa saling berdusta. Dan gemar menyebut “Melayu mudah lupa!”

Read more...

Nah ... ambil kau Zul Nordin

>> Wednesday, April 07, 2010

ALOR SETAR - Exco Kerajaan Negeri, Lim Soo Nee menyifatkan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin seorang yang gemar memutar belit fakta. Katanya, Zulkifli sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya, walaupun terpaksa mempergunakan nama pihak ketiga.

“Saya dedahkan perkara ini kerana tidak sanggup lagi melihat rakyat ditipu dengan mudah oleh Zulkifli. Dengan penampilan dirinya itu saya yakin ramai yang sudah terpedaya,” katanya, ketika ditemui, di sini.

Soo Nee, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim berkata, beliau terpanggil untuk mendedahkan rahsia Zulkifli kerana tidak sanggup lagi bersubahat dengan Ahli Parlimen bebas itu, terutama apabila Zulkifli mendakwa beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengaitkan mereka dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Jika benar beliau ikhlas dan profesional, sepatutnya ketika menerima tawaran itu beliau membuat laporan polis atau mendedahkannya kepada umum. Tetapi kenapa baru sekarang, setelah hampir empat tahun berlalu?” katanya.

Soo Nee berkata, ketika sama-sama berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12), Zulkifli pernah mengaku menyimpan bukti kes pembunuhan itu, ketika mewakili tertuduh dalam kes terbabit, Cif Inspektor Azilah Hadri, tetapi menarik diri kerana didakwa terdapat campur tangan pihak ketiga dalam persediaannya membuat pembelaan.

Mengulas mengenai insiden yang dianggapnya menganiayai rakan separti, Soo Nee berkata, Zulkifli pernah menghantar dua khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya pada PRU-12, untuk meminta wang bagi digunakan ketika berkempen dengan menggunakan nama pihak ketiga.

“Mengikut rekod SMS itu, katanya, jentera Pas meminta RM21,000 untuk berkempen dan jika tidak dipenuhi, jentera Pas akan memboikot kempen itu. Katanya, saya hanya perlu tanggung sebahagian kos, iaitu RM7,000,” katanya.

Soo Nee berkata, memandangkan beliau tidak memberi maklum balas kepada SMS itu dengan segera, Zulkifli menghantar SMS kedua, memaklumkan kemarahan pihak terbabit dan meminta beliau memberi sejumlah yang mampu.

“Setelah Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya itu, kebetulan saya terjumpa Yang Dipertua Pas Kulim Bandar Baharu ketika itu, Yaakub Husin dan bertanya mengenai hal itu, tetapi beliau menafikan meminta wang untuk berkempen. Sejak itu, saya tertanya-tanya bagi tujuan apa duit itu diambil oleh Zulkifli?” katanya.

Dengan pendedahannya itu, Soo Nee mencabar Zulkifli membuat kenyataan balas terhadap semua tindakannya, atau setidak-tidaknya meletakkan jawatan untuk menegakkan kebenaran.

“Eloklah buat pilihan raya kecil (PRK). Selepas itu kita lihat sama ada penduduk Kulim Bandar Baharu masih menyokong beliau atau sebaliknya,” katanya.

Soo Nee berkata, beliau berani membuat tuduhan ini kerana sehingga kini beliau masih menyimpan bukti, termasuk SMS yang dihantar Zulkifli dua tahun lalu, bertarikh 5 Mac dan 6 Mac.

Sementara itu, Zulkifli, ketika dihubungi berkata, beliau tidak berminat berbalas kenyataan secara terbuka. Menurutnya, apa sahaja tuduhan yang dilemparkan kepadanya “tidak perlu diperbesarkan” dan beliau “tidak kisah dengan tuduhan itu”, walaupun tuduhan itu sedikit sebanyak akan mencalar imejnya sebagai seorang pemimpin.

“Saya tidak minat untuk menjawab semua pertuduhan itu secara terbuka. Saya tak minat langsung nak komen isu ini. Apa yang saya boleh katakan ialah saya kenal Soo Nee sebagai seorang rakan dan ucapkan selamat maju jaya kepadanya. Saya minta dia jaga kawasan dia dengan elok supaya dapat jadi calon pada masa akan datang. Biarlah apa dia nak kata. Saya tetap dengan pendirian saya, tak mahu berbalas kenyataan tentang isu yang dibangkitkan,” katanya.


Dicedok dari blog Bujang Susah

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP