Anwar Ibrahim - satu pandangan
>> Monday, January 09, 2012
Alhamdulillah ... Anwar sudah di bebaskan dari tuduhan liwat II. Saya sudah jangka keputusan ini walaupun ramai tak sependapat dengan saya. Sekiranya di lihat dari status facebook saya lebih kurang 1 bulan yang lalu, saya ada sebut Anwar akan di bebaskan.
Sekarang saya akan beri pandangan saya tentang apa yang akan berlaku seterusnya. Memandangan ini hanya satu pandangan berdasarkan logik, politik dan undang-undang, pembaca adalah di nasihatkan agar tidak percaya. Hehehehe
Dalam masa yang terdekat, Pendakwa raya akan rayu keputusan Mahkamah Tinggi dan sejurus selepas itu Parlimen akan di bubarkan. BN akan berkempen habis-habisan dengan propaganda bahawa BN tidak pernah mengawal dan kongkong kehakiman. Kalau kehakiman di kawal masakan Khir Toyo di sabitkan dan Anwar di bebaskan. Perkara ini akan di spin setiap hari dalam akhbar dan media arus dengan harapan BN menang dalam PRU 13.
Sekiranya keputusan PRU 13 memihak kepada PR, rayuan Pendakwa raya tidak akan di teruskan dan episod liwat II akan terkubur untuk selama-lamanya.
Namun, sekira keputusan PRU 13 memihak kepada BN, Mahkamah Rayuan akan tetapkan tarikh bicara rayuan dan rayuan Pendakwa akan di benarkan. Anwar akan rayu keputusan Mahkamah Rayuan ke Mahkamah Persektuan dan Mahkamah Persekutuan akan tolak rayuan Anwar. Anwar akan di penjarakan untuk memberi laluan kepada PRK Permatang Pauh. Karier politik Anwar akan terkubur untuk selama-lamanya.
Jadi kepada penyokong dan pendukung PR yang mahu melihat Anwar sebagai PM, ayuh mulakan gerak kerja dan pastikan kemenangan memihak kepada PR dalam PRU 13 ...
0 comments:
Post a Comment