Zaid Ibrahim Jahat
>> Saturday, October 09, 2010
Jahat sungguh Zaid Ibrahim. Zaid musang berbulu ayam. Zaid harus tarik diri dari bertanding Timbalan Presiden. Zaid cabar Ketua Umum. Zaid memperkecilkan peranan Kak Wan selaku Presiden. Tidak patut Zaid tanding jawatan Presiden. Zaid gagal mempertahankan maruah Anwar apabila telah seru polis siasat lapuran polis dari Rahimi. Wow, dahsyat sungguh Zaid. Zaid patut dipecat daripada Parti KeADILan Rakyat (PKR).
Inilah antara ungkapan dan kelohan ahli-ahli PKR yang kerap kita lihat dan terbaca dalam facebook. Betul kah Zaid jahat?
Mungkin ya dan mungkin tidak. Secara terus terang saya isytiharkan bahawa, sebelum daripada ini, saya bukan peminat atau penyokong Zaid. Kenal Zaid secara peribadi pun tidak. Saya juga isytiharkan bahawa saya bukan peminat atau penyokong Azmin. Kenal Azmin secara peribadi pun tidak. Tetapi saya terpanggil untuk buat entry ini kerana sudah meluat dengan tingkah laku penyokong-penyokong tegar beberapa pemimpin yang asyik melanyak Zaid dari semua sudut dan dalam masa yang sama heboh kononnya mereka mempraktikkan demokrasi.
Demokrasi apa? Berdemokrasi kah mereka apabila mereka menentang Zaid sebaik pengumuman dibuat oleh Zaid bahawa Zaid mungkin akan bertanding jawatan Presiden? Adil kah mereka apabila mengutuk Zaid yang mempersoalkan kedudukan Anwar sebagai Ketua Umum sedangkan jawatan Ketua Umum tidak wujud dalam perlembagaan PKR dan oleh itu tidak ditandingkan? Berdemokrasi kah mereka apabila mengutuk Zaid kononnya tidak mempertahankan maruah Anwar dalam episod lapuran polis Rahimi?
Dari sudut pandangan saya mereka-mereka ini tidak mengamalkan demokrasi akan tetapi lebih pada taksub dengan segelintir pemimpin. Sebenarnya demokrasi dilacurkan oleh mereka-mereka ini. Zaid bercakap benar apabila mengeluarkan kenyataan bahawa jawatan Ketua Umum tidak ada dalam perlembagaan maka dengan itu Anwar tidak boleh dicabar dalam pertandingan. Satu usaha daripada Anwar untuk kekal berkuasa. Mengapa perlu dikutuk apabila Zaid bercakap benar? Apa, Anwar and PKR is beyond criticism?
Mengapa perlu dikutuk apabila Zaid kata dia mungkin bertanding jawatan Presiden? Bukankah jawatan Presiden itu satu jawatan yang ditawarkan dalam pemilihan PKR? Mengapa PKR perlu ikut jejak UMNO apabila, secara konvensyen, ahli-ahli UMNO tidak dibenarkan tanding jawatan Presiden? Apa bezanya PKR dengan UMNO apabila mengutuk hasrat Zaid yang ingin bertanding jawatan Presiden?
Adakah ahli-ahli PKR diminta untuk gadaikan maruah sendiri semata-mata mempertahankan maruah Anwar? Soal maruah ini menjadi isu apabila Zaid telah seru pihak polis untuk siasat lapuran Rahimi. Kalau saya ditempat Zaid, saya juga akan lakukan perkara yang sama sebab ada puak yang telah dengan jelas mengatakan kawan karib Zaid merupakan tangan ghaib dibelakang repot Rahimi. Salah kah Zaid apabila mengorak langkah untuk bersihkan nama baik kawan dia dan juga nama Zaid sendiri? Terdapat kah arahan dalam PKR yang menuntut ahli PKR memastikan maruah Anwar dipelihara walaupun dalam usaha kearah itu, nama sendiri terpalit? Mengapa taksub sangat?
Zaid pada satu masa dahulu disanjung dan dianggap anak emas PKR. Zaid diberi laluan untuk tanding PRK Hulu Selangor. Kini apabila Zaid bercakap benar dan menyahut seruan demokrasi, Zaid dianggap sebagai penghianat parti. Saya pelik dan masih tertanya-tanya – apa sudah jadi? Saya akui bahawa kebenaran itu pahit untuk ditelan namum dalam apa keadaan sekalipun ianya perlu ditelan.
Read more...