Saya di pecat?

>> Thursday, February 23, 2012

Pagi tadi saya di beritahu bahawa Mesyuarat Khas Perwakilan Koperasi Felda (KPF) yang di jadualkan pada 22/2/2012 telah di jalankan, tetapi sebagai satu sesi taklimat oleh Tan Sri Isa Samad kerana Mahkamah Tinggi, Kuantan telah, pada 17/02/2012, keluarkan satu injunksi melarang KPF daripada bincang isu pelupusan ekuiti milik KPF dalam Felda Holdings Berhad. Permohonan untuk mendapatkan injunksi telah di lakukan oleh saya atas arahan 8 orang peneroka FELDA Jengka


Saya di beritahu bahawa semasa sessi soal jawab, R Tanggam, yang merupakan salah seorang perwakilan dari Negeri Sembilan telah minta Isa jelaskan beberapa perkara termasuk - samada pelupusan ekuiti yang di cadangkan oleh KPF di jamin oleh Kerajaan. Beliau juga ingin tahu samada "durian runtuh" yang di cadangkan oleh Perdana Menteri dan di canangkan sekuat-kuatnya oleh Isa boleh di makan atau berulat.

Apabila hujah tidak dapat di balas dengan hujah, maka Isa, macam pemimpin bacul UMNO yang lain, telah arah Tanggam keluar dewan dan akibat dari itu dewan telah menjadi kecoh dengan teriakan-teriakan perkauman dari perwakilan pro-kerajaan.

Saya di fahamkan bahawa perwakilan-perwakilan pro-kerajaan telah desak Isa untuk pecat kesemua 8 peneroka yang telah perolehi injunksi terhadap KPF.

Usul untuk pecat 8 peneroka itu satu hal. KPF boleh lakukan pemecatan kerana kesemua 8 peneroka yang telah saman KPF merupakan ahli KPF. Apa pun, sekiranya pemecatan ini berlaku, saya akan ambil tindakan susulan mengikut undang-undang.

Yang buat saya tergelak dari pagi sehingga malam, bukan isu cadangan daripada perwakilan untuk pecat 8 ahli KPF. Yang buat saya tergelak sampai terkeluar airmata adalah desakan agar saya juga di pecat daripada menjadi seorang peguam.

Pecat daripada menjadi peguam siapa? Saya bukan peguam KPF. Saya peguam peneroka ... jadi di mana lojiknya permintaan untuk pecat saya. Yang boleh pecat saya hanya peneroka bukan KPF... atau adakah mereka mahu Majlis Peguam gantung saya dari beramal? Atas alasan apa? Kerana saya saman KPF yang di terajui oleh Isa?

Kalau saya nak katakan perwakilan ini cerdik, mereka telah pamirkan kebodohan mereka. Kalau nak katakan mereka bodoh, nanti mereka marah pula. Hakikatnya, mereka bodoh. Mereka ingat Malaysia ini mak bapak dia orang yang punya. tentang sikit je nak pecat, tentang je nak pecat ....

Saya seorang peguam swasta yang beramal di Raub atas nama dan gaya The Law Office of Mohd Harris. Saya belajar sampai ke England dengan mengunakan wang saya sendiri. Tiada bantuan walau sesen pun dari kerajaan. Dari sudut ini, saya tak terhutang dengan Kerajaan Malaysia dan saya tak perlu "kow tau" kepada sesiapa pun.

Etika guaman saya di kawal oleh Akta Amalan Guaman. Saya ahli Majlis Peguam. Kalau saya langgar etika guaman, hanya Majlis Peguam sahaja yang boleh gantung atau pecat saya dari amalan. Bukan perwakilan KPF dan tentunya bukan Isa?

Apa perwakilan ini ingat, Majlis Peguam akan tunduk kepada desakan perwakilan atau Isa? Apa salah saya? Ada kah mewakili 8 peneroka yang di tindas melanggar etika guaman? Adakah kerana KPF di terajui oleh Isa, maka KPF tidak boleh di saman? Ada kah kerana KPF terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, maka KPF tidak boleh disaman?

Common la - kami peguam-peguam (kecuali yang bacul) bertindak tanpa gentar atau memihak (without fear or favour), kalaupun yang di tentang itu eksekutif tertinggi Negara.

Kami, atau sekurang-kurangnya saya, akan terus berjuang tanpa sedikit pun rasa gentar atau takut dengan desakan-desakan suara-suara bacul seperti perwakilan KPF ...

Pesanan saya kepada mereka-mereka ini - You can rot in hell, for all I care ...

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP