Hukum jual beer/stout

>> Wednesday, April 25, 2012

Isu arak diSelangor kini diperbaharui oleh Hassan Ali dalam roadshow yang diadakan diseluruh Malaysia. Kata Hassan, tidak ada seorang pun pemimpin PAS yang menyokong beliau apabila isu jualan beer/stout di7-11 diungkitkan oleh beliau. Oleh itu, Hassan menyifatkan keengganan pemimpin PAS untuk back up beliau sebagai menghalalkan jualan arak diSelangor.


Dalam Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW ada menyebut pasal Khamr. Khamr merupakan jenis minuman yang menghayalkan atau memabukkan. Khamr haram untuk diminum oleh umat Islam. Khamr itu kira arak la ... fine ... so Hassan Ali ada point. Arak sepertimana khamr adalah haram ... jadi mengapa tidak ada sesiapa pun yang sokong Hassan apabila beliau rampas beer/stout di 7-11?

Sebenarnya Hassan terkeliru tanpa beliau sedar. DiMalaysia ada 2 kategori arak. Liquor dan beer/stout. Liquor terdiri dari minuman jenis jin, whiskey, vodka, wine, brandy dan banyak jenis lagi minuman selain daripada beer/stout. Liquor tidak boleh dijual tanpa lesen. Kalau lesen diberi pun terdapat syarat-syarat ketat yang penjual perlu patuhi. Salah satunya, liquor tidak boleh dijual selepas jam 12 tengah malam.

Beer dan stout pula dikategorikan sebagai beverage dan boleh dijual dimerata tempat termasuk dikedai-kedai runcit atau 7-11 tanpa lesen. Kalau dah dikategorikan sebagai beverage, maka standard beer/stout sama dengan fresh orange atau lemon juice la kan?

Maka apabila beer/stout dirampas oleh Hassan dari 7-11 tempuh hari, rampasan itu menjadi satu rampasan yang salah disisi undang-undang kerana penjualan beer/stout tidak perlu lesen. Sesiapa sahaja boleh menjual dan dimana sahaja. Dalam ertikata lain, beer/stout boleh dijual tanpa kawalan kerana tidak ada undang-undang yang mengawal jualan beer/stout.

Oleh itu, siapa yang perlu disalahkan dalam isu ini? Pemimpin PAS kerana gagal untuk sokong Hassan yang telah buat serbuan salah? 7-11 kerana menjual beer/stout tanpa lesen sedangkan lesen tidak diperlukan? Kerajaan yang gagal untuk menjaga perasaan umat Islam dengan membenarkan penjualan beer/stout tanpa kawalan? atau Hassan sendiri yang telah merampas beer/stout yang halal dijual dimana sahaja mengikut hukum 1 Malaysia?

Tepuk dada tanya iman ...

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP