Kelakar ...
>> Friday, April 16, 2010
Al-Kisah nak di jadikan cerita. Ketika musim pilihanraya kecil bakal menjelang, datanglah seorang "orang besar" ke kampung-kampung sehinggalah ke perkampungan orang asli.
Maka terkejutlah orang-orang asli dengan kedatangan Jeep Pajero yang selama ini jarang-jarang dapat di lihat di kampung mereka.
Lalu orang besar itu berpidato dengan ucapan yang berapi-api. Ibarat guru besar sekolah rendah yang dapat microfon. “Tuan-tuan semua patut bersyukur mempunyai sebuah kerajaan yang perihatin masaalah rakyat. Saya akan menunaikan segala hajat di hati tuan-tuan asal saja tuan-tuan semua mengundi kerajaan lagi dalam pilihanraya”.
Selepas ucapan datanglah tok batin datang berjumpa "orang besar" itu.
Tokbatin: Encik, kami mahu Jeep Pajero macam encik punya.
Orang Besar: Untuk Apa?
Tokbatin: Untuk kami pergi mengundi nanti. Juga untuk kemudahan kami membawa barang-barang ke pasar untuk dijual.
Orang Besar: Itu tak boleh sebab kamu tak ada lesen.
Tokbatin: Kalau Jeep yang besar gajah itupun encik boleh bagi takkan lesen yang kecik itu encik tak boleh bagi.
Mendengar jawapan tokbatin itu terloponglah orang besar tadi.
”Begini sajalah” katanya, “kamu ambil duit ini dan belilah apa saja yang kamu nak beli” katanya sambil menghulurkan sekeping cek yang bertulis angka-angka yang jutaan ringgit itu.
Kali ini Tokbatin pula yang melopong ..
Orang besar: Kenapa tak cukup lagikah
Tokbatin: Encik ingat kami bodoh? Kami nak duit, bukan kertas.
Orang besar: Itu duit lah tu, itu kertas cek namanya. Bila pergi bank boleh tukar jadi duit.
Tokbatin: Encik ingat kami bodoh? Itu kami tahu. Tapi bagaimana kalau encik tipu kami? Bagaimana kalau kami bawak cek itu ke bank tapi tak boleh tukar jadi duit?
Akhirnya orang besar tadi pulang dengan perasaan kecewa. Orang asli yang disangkakan bodoh, kini semakin sukar di tipu lagi.
Di cedok dari www.ijoks2009.blogspot.com dengan sedikit edit