Pembohong besar

>> Wednesday, March 31, 2010

IPOH 31 Mac - Kenyataan media arus perdana yang mengatakan seramai 700 ahli Angkatan Muda KEADILAN Ipoh Barat keluar parti hanya propoganda Umno yang sudah kehabisan modal politik.

Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Anwar Zakaria menegaskan kenyataan tersebut adalah pembohongan dan hanya mainan Umno ketika pilihan raya diadakan. "Saya ingin menyatakan pada hari ini, apa yang telah dikeluarkan oleh media sebelum ini berkenaan dakwaan 700 ahli Ipoh Barat keluar parti adalah tidak benar sama sekali.

Saya sebelum ini adalah bekas Ketua AMK Perak dan saya tahu aktiviti AMK kawasan di situ tidak begitu aktif. Macam mana pula keahlian AMK Ipoh Barat boleh mencecah sebegitu ramai?

Saya ingin mencabar Subramaniam (Ketua AMK Ipoh Barat) memberikan kepada saya senarai nama mereka yang keluar parti itu kerana kita nak kepastian tentang dakwaan tersebut, selain mempermudahkan kita mengemaskini nama ahli"

"Ini adalah kerja agen Umno yang diketuai oleh Ezam Mohd Nor dan beberapa pengikutnya.

Kenyataan yang dikeluarkan itu dilakukan sewaktu program yang diadakan di Ipoh. Dari gambar yang kita ada hanya beberapa sahaja ahli yang keluar tetapi kerana ingin menampakkan ramai, mereka telah meletakkan warga negara Nepal yang bekerja di situ."

"Saya berpesan kepada Ezam jika ingin menjadi pencacai Umno jangan sampai menggunakan warga asing, ini nampak sangat taktik kotor mereka," jelas Zainal dalam satu sidang media.

Beliau menjelaskan tujuan sebenar Subramaniam ingin keluar parti adalah kerana masalah peribadinya. "Semalam saya telah menelefon Subramanian dan beliau juga merupakan Ketua AMK Ipoh Barat, tindakan beliau keluar parti kerana tidak puashati dengan Ketua Cabang di sana bukan pasal kepimpinan KEADILAN sekarang," kata beliau lagi.

Sebelum ini AMK Muar juga menafikan laporan media arus perdana berhubung tindakan keluar parti oleh 50 anggota AMK cabang itu. Pemangku Ketua AMK Muar, Ahmad Anwar Asyraf Ismail berkata hanya tiga ahli yang melompat dan bukannya 50 seperti yang digembar-gemburkan sambil menyifatkan laporan tersebut sebagai tindakan terdesak Umno-Barisan Nasional.

"Perkara ini merupakan satu bentuk fitnah jahat yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti dan kekuatan AMK Muar yang semakin hari semakin mantap dan dipercayai oleh rakyat Muar untuk memimpin harapan mereka. "Ini merupakan usaha terdesak Umno-Barisan Nasional Muar yang semakin hari semakin ditolak rakyat," kata Asyraf.

Beliau mencabar supaya pihak membuat dakwaan tersebut tampil menunjukkan bukti bahawa 50 yang melompat tersebut adalah anggota berdaftar AMK Muar.

suara keadilan

Read more...

Stop, argue and go

>> Monday, March 29, 2010

Kalau ditanya apa perasaan saya apabila ditahan oleh Polis bantuan dilaluan masuk utama FELDA Lembah Klau malam tadi, saya akan kata, marah, geram dan kelakar.

Lebih kurang jam 9.45 malam apabila dalam perjalanan keFELDA Lembah Klau untuk berceramah bersama dengan Dato Tuan Ibrahim, saya telah terima panggilan talifon daripada Saudara Ali mengatakan bahawa terdapat kawalan ketat dipintu masuk utama FELDA Lembah Klau.

Selepas hello hello antara satu sama lain, rombongan kami telah berhenti diKampung Sungai Klau untuk berbincang samada perlu kami teruskan perjalanan kami. Kami secara sebulat suara telah menggambil keputusan untuk talifon OCPD Raub untuk bertanya samada kami perlukan permit untuk berceramah dalam Markaz PAS. Apabila disahkan bahawa tidak ada sebarang keperluan untuk permit, kami telah teruskan perjalanan dan seperti yang dijangka, rombongan kami telah ditahan oleh Polis Bantuan.

Tuan Ibrahim telah menggambil kesempatan untuk menalifon semula OCPD Raub dimana OCPD sendiri telah beritahu Pengurus FELDA Lembah Klau, yang sudah bersedia berada disitu, untuk benarkan kami masuk memandangkan kami akan berceramah dalam Markaz maka tidak ada keperluan permit.

Pengurus yang masih tidak puas hati dengan arahan OCPD telah menalifon “Ketua” dia diWilayah Persekutuan dan walaupun kami telah dibenarkan masuk oleh “chief” Pengurus untuk berceramah, namum beberapa syarat ketat diletakkan. Atlast, ceramah telah diadakan dengan jayanya.

Marah sebab, Pengurus FELDA berpendirian FELDA itu bapak dia yang punya dan kita tidak dibenarkan masuk sama sekali walaupun keMarkaz kita yang punya. Geram, sebab Pengurus FELDA bodoh banggang tidak tahu undang-undang. Kelakar, sebab atlast Pengurus terpaksa akur kepada arahan OCPD. Seronok pun ada, sebab ramai anak muda telah datang berjumpa dengan saya dengan hasrat untuk menyertai KeADILan. Anak muda sudah mula marah dan memberontak.

Before I pen off, ada satu lagi perkara. Salah seorang dari pegawai FELDA yang hadir malam tadi memang biadap. Adakah patut dia bahasakan Dato Tuan Ibrahim “you” je. “Jadi you rasa kami bias ke?” begitulah soalan yang ditujukan oleh manusia biadap kepada Dato Tuan Ibrahim. Lantas dijawab Dato … “memang bias dan pelik FELDA Lembah Klau” … nah ambil kau … ha ha ha

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP