Stop, argue and go

>> Monday, March 29, 2010

Kalau ditanya apa perasaan saya apabila ditahan oleh Polis bantuan dilaluan masuk utama FELDA Lembah Klau malam tadi, saya akan kata, marah, geram dan kelakar.

Lebih kurang jam 9.45 malam apabila dalam perjalanan keFELDA Lembah Klau untuk berceramah bersama dengan Dato Tuan Ibrahim, saya telah terima panggilan talifon daripada Saudara Ali mengatakan bahawa terdapat kawalan ketat dipintu masuk utama FELDA Lembah Klau.

Selepas hello hello antara satu sama lain, rombongan kami telah berhenti diKampung Sungai Klau untuk berbincang samada perlu kami teruskan perjalanan kami. Kami secara sebulat suara telah menggambil keputusan untuk talifon OCPD Raub untuk bertanya samada kami perlukan permit untuk berceramah dalam Markaz PAS. Apabila disahkan bahawa tidak ada sebarang keperluan untuk permit, kami telah teruskan perjalanan dan seperti yang dijangka, rombongan kami telah ditahan oleh Polis Bantuan.

Tuan Ibrahim telah menggambil kesempatan untuk menalifon semula OCPD Raub dimana OCPD sendiri telah beritahu Pengurus FELDA Lembah Klau, yang sudah bersedia berada disitu, untuk benarkan kami masuk memandangkan kami akan berceramah dalam Markaz maka tidak ada keperluan permit.

Pengurus yang masih tidak puas hati dengan arahan OCPD telah menalifon “Ketua” dia diWilayah Persekutuan dan walaupun kami telah dibenarkan masuk oleh “chief” Pengurus untuk berceramah, namum beberapa syarat ketat diletakkan. Atlast, ceramah telah diadakan dengan jayanya.

Marah sebab, Pengurus FELDA berpendirian FELDA itu bapak dia yang punya dan kita tidak dibenarkan masuk sama sekali walaupun keMarkaz kita yang punya. Geram, sebab Pengurus FELDA bodoh banggang tidak tahu undang-undang. Kelakar, sebab atlast Pengurus terpaksa akur kepada arahan OCPD. Seronok pun ada, sebab ramai anak muda telah datang berjumpa dengan saya dengan hasrat untuk menyertai KeADILan. Anak muda sudah mula marah dan memberontak.

Before I pen off, ada satu lagi perkara. Salah seorang dari pegawai FELDA yang hadir malam tadi memang biadap. Adakah patut dia bahasakan Dato Tuan Ibrahim “you” je. “Jadi you rasa kami bias ke?” begitulah soalan yang ditujukan oleh manusia biadap kepada Dato Tuan Ibrahim. Lantas dijawab Dato … “memang bias dan pelik FELDA Lembah Klau” … nah ambil kau … ha ha ha

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP