Bumiputra kini bangsa rasmi di Malaysia?

>> Friday, February 10, 2012

Pada saya samada ada sesuatu yang tak kena dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau memang nasib anak saya malang.


Di pertengahkan tahun 2011, anak saya di beri peluang untuk lanjutkan pelajaran ke IPTA dan untuk mudahkan urusan kewangan, saya telah suruh anak saya buka akaun di salah satu bank tempatan. Di kaunter bank, apabila cip MyKad anak saya di cetak, dapati bahawa anak saya di cetogarikan sebagai seorang berbangsa Cina sedangkan saya berbangsa Punjabi dan isteri saya Melayu.

Keesokkan harinya anak serta isteri saya telah ke JPN untuk perbetulkan kesilapan dalam Cip MyKad namum kecewa apabila pegawai di kaunter JPN, mungkin untuk tutup kelemahan sistem JPN, sanggup beritahu isteri saya bahawa perkara itu berlaku kerana ada kemungkinan besar anak saya mempuyai darah Cina. Nasib baik saya tak ikut serta. Kalau saya bersama isteri dan anak saya, mungkin perkara ini akan menjadi isu besar ... Astaghfirullah alaziiimmm ... dari mana agaknya pegawai JPN boleh dapat maklumat karut seperti itu? Dari mana pulak datangnya darah Cina?

Selepas di jelaskan dengan teliti bahawa isteri saya adalah Melayu tulin dan saya pula Punjabi tulin, baru pegawai itu, dengan senyuman yang tak berapa nak senyum, maklumkan kepada isteri saya bahawa dalam keadaan sedemikian, anak saya ada pilihan samada mahu ikut keturunan bapa atau emak. Dalam ertikata lain, anak saya boleh pilih samada mahu di gelar Punjabi atau Melayu. Namum minta maaf atas kesilapan, jauh sekali ....

Memandangkan memutuskan keturunan anak merupakan satu keputusan besar, isteri saya tangguh perbincangan dengan pegawai JPN untuk berbincang dengan saya dahulu. Buat diri saya perkara ini mudah. Pada saya tiada istilah Melayu, Cina, India atau lain-lain. Kita semua anak Malaysia tetapi kalau ikutkan kes Hannah Yeoh, tidak ada Bangsa Malaysia di Malaysia. Anak-anak Malaysia perlu ada keturunan.

Pilihan keturunan saya serahkan kepada anak saya dan anak saya pilih untuk di gelar orang Melayu. Saya tiada halangan sebab kalau dia pilih Punjabi sekali pun saya tidak akan benarkan sebab anak saya tak tahu berbahasa Punjabi walau sepatah haram .... buat malu papa je ....

Sehari selepas keputusan di buat, anak dan isteri saya kembali ke JPN dan rekod telah di kemaskini. Anak saya sekarang bukan lagi anak Cina tetapi anak Melayu. Matter settled ...

Dua hari lepas anak saya ke bank untuk tukar kad ATM kerana kad lama sudah rosak. Pelik tetapi benar, mengikut Cip MyKad anak saya, anak saya sekarang berbangsa Bumiputra ... lihat gambar ...

Read more...

Ilmu tambahan tidak merugikan

>> Tuesday, February 07, 2012

Apabila berada di sebuah negara unik seperti Malaysia, seorang pemimpin perlu sensitif dengan adat dan budaya kaum-kaum lain. Kena ambil tahu dan pelajari serba sedikit adat dan cara hidup kaum-kaum lain di Malaysia yang sememangnya kaya dengan budaya dan adat. Pemimpin yang tidak peka dengan adat dan budaya kaum-kaum lain pasti akan hadapi masalah.


Mempelajari adat resam dan cara hidup kaum lain bukan bererti kita praktikkan adat dan budaya kaum-kaum tersebut. Ilmu tidak akan merugikan sesiapa pun. Malahan kita akan di hormati oleh kaum-kaum lain apabila kita dapat fit in dalam keadaan-keadaan tertentu dengan selesa.

Kebelakangan ini kita telah dipertontonkan beberapa insiden yang tidak sepatutnya berlaku di Malaysia, andaikata pemimpin kita peka dan ada keinginan untk pelajari adat dan cara hidup kaum lain.

Agihan angpau putih kepada kaum Cina semasa perayaan hari kebesaran kaum Cina tidak sepatutnya berlaku. Tidak salah kalau pemimpin buat sedikit homework sebelum tampil dalam majlis yang diatur. Salah kah kalau pemimpin, dalam kes ini Ibrahim Ali, rujuk kepada rakan-rakan dari kaum Cina dan tanya apa yang perlu di lakukan? Apa pantang larangnya dan apa pula kesukaan kaum Cina? Tidak ada sesiapa yang akan pandang hina kepada kita sekiranya kita bertanya. Malahan orang yang di tanya akan rasa bangga apabila ada keinginan dari kaum lain untuk mengetahui adat dan budaya kaum mereka.

Rajin bertanya bukan bermakna kita bodoh. Kebodohan akan terserlah apabila kita lakukan sesuatu yang kita tidak tahu tanpa bertanya.

Cuba tanya pada diri kita sendiri - akan marah kah orang Melayu sekiranya kawan Cina mereka bertanya pasal adat dan budaya bangsa Melayu? Akan marah kah kita kalau ada kaum India tanya kita soal agama Islam? Sudah tentu tidak. Malahan kita akan bangga dengan pertanyaan-pertanyaan dari kawan-kawan kita.

Jangan sesekali kita sombong dengan sedikit ilmu yang ada pada kita. Kita kena ingat bahawa ilmu yang ada pada kita dipinjamkan hanya untuk sementara. Kalau Allah mahu, besok ilmu yang ada pada kita boleh dipadamkan.

Pagi tadi saya terbaca dalam blog-blog dan status facebook lagi satu flip-flop dari satu Jabatan Kerajaan. Ucapan selamat menyambut Thaipusam di ucap kepada yang beragama Buddhist. Bukan itu saja, ada pula banner di Putra Jaya yang di taja oleh Tengku Adnan tersalah terjemahan bahasa Tamilnya.

Perkara ini tidak mungkin berlaku kalau yang menyediakan ucapan dan banner sedikit prihatin. Cuba sesekali kita lihat di luar sana. Terlalu banyak perkara yang boleh kita pelajari. Jangan asyik berfikir dari kotak minda yang sempit ...

Read more...

Mami Izat dapat hidayah di Tanah Suci

Tak tahu nak kata apa ... Sharizat Jalil (Mami Ijat) pi umrah sampai 3 kali dalam masa 2 bulan. Kalau kita nak pi 3 tahun sekali pun tak tentu lagi. Takpe la ... Mami ada duit. Dia nak pi setiap bulan pun takpa. Ikut suka hati dia la.


Trip ketiga ini Mami Ijat dapat hidayah. Mami Ijat di beritahu (melalui mimpi kot) yang dia masih dikehendaki untuk terus menerajui Wanita UMNO. Lebih lebih lagi PRU 13 dah dekat.

Bukan semua umat dapat hidayah semasa di Tanah Suci. Saya dah 3 kali pi, tapi tak dapat hidayah untuk menerajui PKR Cabang Raub pun. Last-last saya keluaq PKR and masuk PAS. Mungkin saya dapat hidayah untuk tukar baju dari biru muda ke hijau kot ... tak tau la ... saya pun tak perasan ...

Alhamduillah, kali ini nampak atleast Mami Ijat dah berubah. Jambul dah takde (kesian kat jambul) dan skarf dah diganti dengan tudung. Bukan tudung labuh tapi boleh la ... janji tudung. Kalau ikutkan Ustaz Idrus .... tudung tak wajib, yang wajibnya tutup aurat ... heheeh.

Dalam dok kalut cerita pasal hidayah Mami Ijat, saya terjumpa gambaq kat atas tu ... Laaa ... kan Mami dah cakap, Mami Ijat dapat hidayah pasal pimpinan Wanita UMNO je .... Mami tak khabaq pun dia dapat hidayah pasal halal haram .... Takpe la Mami, hang boleh juai 2 atau 3 ekoq lembu and pi buat Umrah sekali lagi. Kot-kot dapat hidayah dan kenal halal haram pulak.

Gambar saya cilok dari Blog Anak Sungai Derhaka (thanks bro). Bukan main rapat salam itu. Isshhh ...

Read more...

Gangster UMNO larang ceramah PR

Usaha sebuah Cabang PKR Negeri Sembilan untuk mengadakan ceramah di Rantau, Negeri Sembilan semalam di halang oleh sekumpulan lelaki bersenjata tajam yang mendakwa mereka penyokong Umno-BN.


Setiausaha PKR Rembau, Nor Azizi A Aziz berkata insiden itu berlaku apabila petugas PKR dari Cabang Rembau tengah membuat persiapan bagi ceramah itu di kawasan lapang di dalam Taman Jade Indah, Rantau"



"Ketika beberapa petugas sedang membuat persiapan bagi menjayakan ceramah itu pada kira-kira jam 6.30 petang, datang sekumpulan lebih kurang 30 orang bersenjata tajam ke arah mereka lalu membuat ugutan supaya ceramah itu tidak diteruskan.



"Kumpulan mereka menjadi lebih besar selepas itu dengan kehadiran lebih ramai orang. Salah seorang daripada mereka mengakui sebagai Ketua Kampung Kuala Sawah manakala yang lainnya mengatakan mereka penyokong Umno-BN"



"Mereka juga menyatakan tidak akan membenarkan sebarang program atau ceramah PR diadakan di situ kerana kawasan itu kawasan Menteri Besar Negeri Sembilan," katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.



Kumpulan itu juga melaungkan kata-kata kesat kepada petugas PKR berbangsa India yang terlibat di dalam kerja-kerja persiapan ceramah tersebut.



Azizi berkata, kehadiran polis selepas itu menyebabkan kumpulan tersebut bersurai meninggalkan kawasan tapak ceramah itu.


Sumber

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP