Ilmu tambahan tidak merugikan

>> Tuesday, February 07, 2012

Apabila berada di sebuah negara unik seperti Malaysia, seorang pemimpin perlu sensitif dengan adat dan budaya kaum-kaum lain. Kena ambil tahu dan pelajari serba sedikit adat dan cara hidup kaum-kaum lain di Malaysia yang sememangnya kaya dengan budaya dan adat. Pemimpin yang tidak peka dengan adat dan budaya kaum-kaum lain pasti akan hadapi masalah.


Mempelajari adat resam dan cara hidup kaum lain bukan bererti kita praktikkan adat dan budaya kaum-kaum tersebut. Ilmu tidak akan merugikan sesiapa pun. Malahan kita akan di hormati oleh kaum-kaum lain apabila kita dapat fit in dalam keadaan-keadaan tertentu dengan selesa.

Kebelakangan ini kita telah dipertontonkan beberapa insiden yang tidak sepatutnya berlaku di Malaysia, andaikata pemimpin kita peka dan ada keinginan untk pelajari adat dan cara hidup kaum lain.

Agihan angpau putih kepada kaum Cina semasa perayaan hari kebesaran kaum Cina tidak sepatutnya berlaku. Tidak salah kalau pemimpin buat sedikit homework sebelum tampil dalam majlis yang diatur. Salah kah kalau pemimpin, dalam kes ini Ibrahim Ali, rujuk kepada rakan-rakan dari kaum Cina dan tanya apa yang perlu di lakukan? Apa pantang larangnya dan apa pula kesukaan kaum Cina? Tidak ada sesiapa yang akan pandang hina kepada kita sekiranya kita bertanya. Malahan orang yang di tanya akan rasa bangga apabila ada keinginan dari kaum lain untuk mengetahui adat dan budaya kaum mereka.

Rajin bertanya bukan bermakna kita bodoh. Kebodohan akan terserlah apabila kita lakukan sesuatu yang kita tidak tahu tanpa bertanya.

Cuba tanya pada diri kita sendiri - akan marah kah orang Melayu sekiranya kawan Cina mereka bertanya pasal adat dan budaya bangsa Melayu? Akan marah kah kita kalau ada kaum India tanya kita soal agama Islam? Sudah tentu tidak. Malahan kita akan bangga dengan pertanyaan-pertanyaan dari kawan-kawan kita.

Jangan sesekali kita sombong dengan sedikit ilmu yang ada pada kita. Kita kena ingat bahawa ilmu yang ada pada kita dipinjamkan hanya untuk sementara. Kalau Allah mahu, besok ilmu yang ada pada kita boleh dipadamkan.

Pagi tadi saya terbaca dalam blog-blog dan status facebook lagi satu flip-flop dari satu Jabatan Kerajaan. Ucapan selamat menyambut Thaipusam di ucap kepada yang beragama Buddhist. Bukan itu saja, ada pula banner di Putra Jaya yang di taja oleh Tengku Adnan tersalah terjemahan bahasa Tamilnya.

Perkara ini tidak mungkin berlaku kalau yang menyediakan ucapan dan banner sedikit prihatin. Cuba sesekali kita lihat di luar sana. Terlalu banyak perkara yang boleh kita pelajari. Jangan asyik berfikir dari kotak minda yang sempit ...

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP