Bumiputra kini bangsa rasmi di Malaysia?

>> Friday, February 10, 2012

Pada saya samada ada sesuatu yang tak kena dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau memang nasib anak saya malang.


Di pertengahkan tahun 2011, anak saya di beri peluang untuk lanjutkan pelajaran ke IPTA dan untuk mudahkan urusan kewangan, saya telah suruh anak saya buka akaun di salah satu bank tempatan. Di kaunter bank, apabila cip MyKad anak saya di cetak, dapati bahawa anak saya di cetogarikan sebagai seorang berbangsa Cina sedangkan saya berbangsa Punjabi dan isteri saya Melayu.

Keesokkan harinya anak serta isteri saya telah ke JPN untuk perbetulkan kesilapan dalam Cip MyKad namum kecewa apabila pegawai di kaunter JPN, mungkin untuk tutup kelemahan sistem JPN, sanggup beritahu isteri saya bahawa perkara itu berlaku kerana ada kemungkinan besar anak saya mempuyai darah Cina. Nasib baik saya tak ikut serta. Kalau saya bersama isteri dan anak saya, mungkin perkara ini akan menjadi isu besar ... Astaghfirullah alaziiimmm ... dari mana agaknya pegawai JPN boleh dapat maklumat karut seperti itu? Dari mana pulak datangnya darah Cina?

Selepas di jelaskan dengan teliti bahawa isteri saya adalah Melayu tulin dan saya pula Punjabi tulin, baru pegawai itu, dengan senyuman yang tak berapa nak senyum, maklumkan kepada isteri saya bahawa dalam keadaan sedemikian, anak saya ada pilihan samada mahu ikut keturunan bapa atau emak. Dalam ertikata lain, anak saya boleh pilih samada mahu di gelar Punjabi atau Melayu. Namum minta maaf atas kesilapan, jauh sekali ....

Memandangkan memutuskan keturunan anak merupakan satu keputusan besar, isteri saya tangguh perbincangan dengan pegawai JPN untuk berbincang dengan saya dahulu. Buat diri saya perkara ini mudah. Pada saya tiada istilah Melayu, Cina, India atau lain-lain. Kita semua anak Malaysia tetapi kalau ikutkan kes Hannah Yeoh, tidak ada Bangsa Malaysia di Malaysia. Anak-anak Malaysia perlu ada keturunan.

Pilihan keturunan saya serahkan kepada anak saya dan anak saya pilih untuk di gelar orang Melayu. Saya tiada halangan sebab kalau dia pilih Punjabi sekali pun saya tidak akan benarkan sebab anak saya tak tahu berbahasa Punjabi walau sepatah haram .... buat malu papa je ....

Sehari selepas keputusan di buat, anak dan isteri saya kembali ke JPN dan rekod telah di kemaskini. Anak saya sekarang bukan lagi anak Cina tetapi anak Melayu. Matter settled ...

Dua hari lepas anak saya ke bank untuk tukar kad ATM kerana kad lama sudah rosak. Pelik tetapi benar, mengikut Cip MyKad anak saya, anak saya sekarang berbangsa Bumiputra ... lihat gambar ...

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP