Sekat Solat

>> Thursday, April 05, 2012

Banyak saya terbaca rungutan dimana warga Islam dilarang daripada mendirikan solat semasa Bersih 2.0 tempuh hari. Saya setuju bahawa isu ini sudah basi namun saya perbaharui isu ini sebab saya sendiri terpaksa mengalami keadaan ini 2 minggu yang lalu.


Dua minggu lepas, saya ke Bangunan Yayasan Pahang, Kuantan untuk urusan rasmi. Maklumlah saya dari Raub maka saya sampai digate utama Yayasan jam lebih kurang 1.30 tengah hari. Saya lihat palang besi penghadang jalan masuk diturunkan dan terdapat seorang pengawal yang mengawal pondok keselamatan.

Saya diminta parking kereta saya diluar pagar kerana tidak dibenarkan masuk kedalam atas alasan "lunch time". Setakat ini "no problem". Saya pun parking kereta saya diluar dan terus kearah pegawai keselamatan. Saya tanya dia "mana surau?". Dia jawab "diTingkat 1".

Saya pun minta izin masuk kekawasan kompleks kerana ingin mununaikan solat zuhur dan saya terkejut apabila saya diberitahu saya dilarang masuk ke kompleks sehingga jam 2.15 tengah hari walaupun untuk solat.

Saya pun tanya "ini arahan siapa?". "Ini arahan bos" kata Pegawai Keselamatan.

"Kalau begitu takpe la", ujar saya. "biar saya solat diatas jalan ini" kata saya. Pegawai Keselamatan menyampuk "tak boleh solat kat sini Tuan, sebab nanti ada kereta susah pula saya". Saya jawab "bukan nak solat tengah-tengah jalan pun. Nak solat kat tepi ini je. Kereta pasti boleh lalu". Alasan saya tidak diterima dan saya dilarang solat ditepi jalan.

Memahami keadaan beliau saya usik dia "dosa saya lewatkan solat siapa nak tanggung? Nak solat didalam tak boleh. Nak solat kat tepi jalan pun tak boleh". "Hai berat soalan ini" kata Pegawai Keselamatan. Saya terus jawab "berat tak berat saya tak tahu Encik, tapi yang pastinya, walaupun Encik mengikut arahan, Encik juga besubahat. Masing-masing tanggung la. Saya sudah minta izin untuk tunaikan tanggungjawab saya maka semestinya saya sudah terlepas".

Sebaik saya buka langkah kearah kereta saya, Pegawai Keselamatan pun panggil saya "Tuan, kalau Tuan nak solat, Tuan masuk la. Ambil lif ditingkat bawah. Surau ada diTingkat 1. Selamat menunaikan solat Tuan".

Ini satu dialog pendek kejadian benar dimana apabila soal tanggungjawab agama, dosa dan pahala diungkitkan, maka hamba Allah akan takut kepada azab Allah lebih daripada takut dikenakan tindakan disiplin kerana langgar arahan sipengetua.

Jangan jadi kaldai sipengetua dan ikut arahan membabi buta. Walaupun kita dibawah arahan, tetapi ada kalanya kita kena pandai buat keputusan apabila keadaan mendesak. Buat la keputusan walaupun mungkin keputusan kita bercanggah dengan arahan sipengetua ... Takut la kepada Allah dan jangan sekat hamba Allah daripada menunaikan tanggungjawab ...

Tawakal dan insyaAllah kita akan berjaya. Allah sentiasa melindungi hamba-hambaNya yang soleh ...

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP