Dyana Pengkhianat?

>> Friday, May 23, 2014

Jahara kata Dyana Sofya ibarat kacang lupakan kulit dan Sharizat Jalil pula bisik kepada Sofya bahawa Sofya seorang pengkhianat ...

Apa masalah kedua-dua "pemimpin" ini sebenarnya? Si Jahara sebagai Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang dan Sharizat sebagai seorang peguam, tidak harus label seseorang "kacang lupakan kulit" atau "pengkhianat" sesuka hati.

Hanya semata-mata kerana Dyana menuntut di UiTM dan jadi ahli DAP maka Dyana pengkhianat? Pengkhianat kah seorang warganegara Malaysia sekiranya beliau belajar di Sekolah Kerajaan atau Universiti Kerajaan dan kemudian sokong parti yang berdaftar secara sah, terutamanya DAP?

Mungkin kedua-dua tokoh ini tidak pernah tahu atau terlupa bahawa terdapat satu undang-undang di Malaysia yang di gelar "ibu kepada segala undang-undang" sehingga apa sahaja undang-undang yang di gubal bertentangan dengan "ibu" ini menjadi tidak sah?

Dalam "ibu" ini di nyatakan dengan jelas bahawa setiap rakyat Malaysia berhak untuk berpersatuan. Kepada otak otak bengap, saya ingin jelaskan bahawa "berpersatuan" ini bermakna "berparti" kerana parti, mengikut undang-undang, adalah persatuan.

Bengap-bengap ini juga perlu tahu bahawa hak asasi untuk bebas berpersatuan ini tidak ada sebarang kekangan atau dalam Bahasa Inggerisnya "fetters". Tidak mengatakan bahawa seseorang yang belajar di UiTM tidak di benarkan jadi ahli DAP. Tidak juga di katakan dalam perlembagaan bahawa seseorang yang belajar di UiTM mesti jadi ahli UMNO dan sekiranya enggan maka beliau adalah pengkhianat atau kacang lupakan kulit. Saya juga di fahamkan tidak ada apa-apa ikrar yang diambil oleh pelajar UiTM atau apa-apa kaedah yang mengatakan bahawa ex UiTM students perlu terus sokong UMNO dalam apa keadaan sekali pun.

Satu peringatan kepada Sharizat --- definasi pengkhianat dalam kamus saya - seseorang yang seleweng duit rakyat sebanyak RM250 juta untuk bela lembu. Tiada definasi dalam kamus saya yang mengatakan bahawa seseorang pelajar UiTM yang jadi ahli DAP merupakan pengkhianat.

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP