Dyana, DAP dan Hudud

>> Saturday, May 24, 2014

Apa pendirian Dyana tentang Hudud? Saya mengaku belum dengar ucapan Dyana tetapi saya baca kontroversi kenyataan Dyana tentang hudud yang di lapurkan oleh Malaysiakini (sini). Cuba baca betul betul. 

Kenyataan Dyana jelas ... tak perlu sesiapa dengar apa yang sedang di spin oleh macai macai dan pemimpin pemimpin UMNO/BN dalam PRK Teluk Intan.

Susah sangat ke nak faham. Mungkin kita susah nak faham sebab tabiat kita yang lebih suka dengar cerita yang sudah di tokok tambah daripada membaca. Lebih banyak rempah ratus di tambah maka lagi sedap ceritanya. Apa lagi kalau di tambah dengan unsur lucah sedikit. Wow ... meletop terus.


Kenyataan Dyana sebenarnya mudah. Beliau tidak menentang hudud tetapi beliau tidak akan mengundi untuk laksanakan hudud di Malaysia apabila undang-undang untuk laksanakan hudud di bentang di Parlimen.


Ada percanggahan dalam kenyataan Dyana? Memang ada. Kalau dah sokong hudud mengapa tidak mahu undi undang-undang hudud? Dyana sekali lagi bagi jawapan mudah - sebab pendirian parti.


Apa pendirian parti? Hudud tidak boleh di laksanakan di Malaysia kerana rakyatnya dari pelbagai keturunan dan agama. Lagi pun, hudud bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.


Sebagai ahli parti dan terikat dengan apa yang digelar collective responsibility maka Dyana tidak boleh undi bertentangan dengan pendirian parti. Ingat lagi tak Shahril  Samad yang enggan ikut kehendak parti satu masa dulu sehingga di gantung keahlian oleh UMNO dan terpaksa bertanding dalam PRU sebagai calun Bebas? Dyana tidak mahu perkara ini berlaku kepada beliau maka, mahu tak mahu, beliau terpaksa ikut pendirian parti.


DAP tidak menentang hudud sepertimana Gerakan, MCA dan UMNO. DAP tidak akan mengundi menyokong rang undang-undang untuk laksanakan hudud di Kelantan tetapi sekiranya PAS dapat pengundian yang secukupnya, samada dengan bantuan UMNO atau tidak, dan akibat daripada itu hudud dilaksanakan di Kelantan, maka DAP akan terima perubahan tersebut.


Bagaimana pula dengan pendirian MCA, Gerakan dan UMNO? Adakah Gerakan, MCA dan UMNO sokong sekiranya undang-undang Islam di laksanakan di Kelantan dan seterusnya di Malaysia? Bab ini panjang dan akan di bahas dan entri akan datang ....


Tunggu ...

4 comments:

Harris Sidhu Al-Hajj May 24, 2014 at 8:30 PM  
This comment has been removed by the author.
Harris Sidhu Al-Hajj May 24, 2014 at 8:30 PM  
This comment has been removed by the author.
Anonymous May 25, 2014 at 7:50 AM  

Wow, this article is nice, my younger sister is analyzing such things, so I am going to inform
her.

Also visit my web-site :: goji berry groupon

Anonymous May 26, 2014 at 12:01 AM  

Thanks in favor of sharing such a pleasant opinion, piece
of writing is nice, thats why i have read it fully

Feel free to surf to my weblog :: sbobet

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP