Edisi kantoi ... Dyana bukan seorang peguam? ...
>> Saturday, May 24, 2014
Alam maya sudah heboh memperkatakan Dyana Sofya bukan seorang peguam ... Dyana menipu kelulusan beliau. Ada yang sudah siasat sampai ke Majlis Peguam dan Majlis Peguam sahkan bahawa Dyana tidak di daftarkan sebagai seorang peguam. Untuk makluman semua, bukan mudah untuk dapat status Peguambela dan Peguamcara. Biar saya jelaskan.
Firstly, dia kena ada kelulusan yang di ikhtiraf oleh Majlis Peguam. Dalam kes Dyana, tiada siapa nafikan bahawa Dyana adalah graduan Undang-Undang kelulusan UiTM. Tetapi, di Malaysia, belum tentu seseorang yang mempunyai ijazah Undang-Undang boleh dianggap sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara. Ada beberapa perkara yang perlu di lalui atau di lakukan sebelum boleh di anggap sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara.
Dengan ijazah yang di ikhtiraf oleh Majlis Peguam, seorang graduan perlu melalui tempuh "chambering" atau latihan dalam Kamar selama 9 bulan bersama seorang Peguambela dan Peguamcara yang telah beramal tidak kurang dari 7 tahun.
Setelah tamat "chambering", akan di adakan pula satu "prosiding" di Mahkamah Tinggi Malaya di mana, setelah Hakim berpuas hati bahawa segala yang perlu di pelajari dan di lakukan selama 9 bulan telah di pelajari dan di lakukan dan dengan tidak ada bantahan daripada Majlis Peguam, Jawatankuasa Peguam dan AG Chambers, maka Mahkamah akan perintahkan bahawa "pelatih" tadi di daftaraikan sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.
Mulai daripada hari pendaftaraian, seorang "pelatih" beralih menjadi seorang Peguambela dan Peguamcara. Namun terpulang pada Peguambela dan Peguamcara baru ini untuk buat pilihan samada mahu beramal sebagai Peguambela dan Peguamcara atau tidak.
Sekiranya Peguambela dan Peguamcara yang baru di daftaraikan mahu beramal, maka beliau perlu mohon kepada Majlis Peguam untuk di bekalkan dengan Sijil Annual dan Sijil Amalan. Dengan Sijil Annual dan Sijil Amalan, seorang Peguambela dan Peguamcara di benarkan mewakili anak guam dan di benarkan hadir dan berhujah di Mahkamah.
Jadi apakah sebenarnya status Dyana? Status Dyana sama dengan status Sharizat Jalil, Hishamuddin Hussin dan banyak lagi pemimpin politik UMNO. Sharizat seorang rakan kongsi di Sharizat Rashid & Lee tetapi tidak beramal. Hishamuddin merupakan rakan kongsi di Lee Hishamuddin tetapi tidak beramal.
Begitu juga Dyana - beliau merupakan rakan kongsi di sebuah firma guaman di Cyberjaya tetapi tidak beramal. Ini menjadikan mereka semua "non practising lawyers" atau Peguambela dan Peguamcara yang tidak beramal. Mereka kekal sebagai Peguambela dan Peguamcara dari saat mereka di daftaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya sehingga nama mereka di batalkan dari daftar atas isu-isu disiplin dan penyelewengan.
Adakah semata-mata kerana tidak beramal maka Sharizat, Hishamuddin dan Dyana bukan Peguambela dan Peguamcara? Tidak betul ... mereka semua di gelar Peguambela dan Peguamcara dari saat Mahkamah perintahkan nama mereka di daftaraikan sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara sehingga kehari nama mereka dibatalkan.
0 comments:
Post a Comment