Kak Non diaibkan lagi
>> Saturday, July 24, 2010
Bukan sahaja Kan Non kita diaibkan oleh pihak Polis apabila dipakaikan seluar pendek dan diminta buka tudung semasa ditahan reman sehari diKuantan, hari ini Kok Non diaibkan sekali lagi oleh Ketua Wanita KeADILan Pahang apabila selepas diminta anjurkan program kebajikan diRaub, gagal untuk hadir sebagai jemputan khas.
Malu tak terkata Kak Non apabila semua penerima sumbangan serta wartawan hadir tetapi Kak Non masih tertunggu-tunggu kehadiran jemputan khas.
Masakan yang disediakan untuk jemputan khas dari peringkat Negeri terpaksa di “tau pau” dan para wartawan yang dipanggil untuk buat liputan dan penerima sumbangan tertanya-tanya – apa sudah jadi?
Saya, yang hadir sebagai jemputan kerana tidak lagi menjadi ahli KeADILan, diberitahu oleh Ketua Cabang KeADILan Raub bahawa Ketua Wanita KeADILan Negeri Pahang telah menalifon Ketua Cabang selepas kesemua persedian dibuat, untuk beritahu bahawa beliau tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Pengerusi KeADILan Negeri Pahang. Tiada seorang pun, termasuk Timbalan Ketua atau Setiausaha yang dapat mengganti Ketua Wanita KeADILan Pahang.
Wow, Cabang dianaktirikan apabila dapat panggilan dari peringkat Negeri. Itu lah KeADILan masa kini. Ada sesiapa yang masih mau tahu mengapa saya tinggalkan KeADILan? Saya rasa saya tak perlu memberi penjelasan lanjut.
Program terpaksa dijalankan tanpa jemputan khas dari peringkat Negeri. Ya, apa sudah jadi? Begini kah layanan yang diberi oleh Tok-tok Ketua peringkat Negeri kepada Ketua Cabang. Begini kah permainan Ketua-ketua peringkat Negeri - Ketua-ketua peringkat Cabang jadi tak relevan apabila dipanggil oleh Pengerusi Negeri?
Siapa yang perlu kita salahkan? Peringkat Cabang, Negeri atau Pusat?
Kalau difikirkan semasak-masaknya, tindakan Ketua Wanita KeADILan Pahang untuk memilih menghadiri mesyuarat diperingkat Negeri adalah tepat. Kalau dipilih untuk hadir diperingkat Cabang sudah tentu peringkat Negeri tidak nampak kehebatan dan gaya kepimpinan Ketua Wanita tersebut.
Syabas Kak Sham !!!!!