Kelentong Hassan Ali PhD ....

>> Thursday, February 02, 2012

Hassan Ali yang ada gelaran PhD sudah mula bersuara. Kali ini secara lantang Hassan beri amaran kononnya Malaysia akan bergabung dengan Singapura sekiranya Pakatan di beri kuasa memerintah. Kononnya Fasal 153 Perlembagaan akan di gugurkan dan hak keistimewaan Melayu akan terhakis. Namun, bagaimana pun kata Hassan, perkara ini masih belum lagi boleh di buat kerana tindakan ini perlu kelulusan Majlis Raja-Raja.


Ikhlas saya cakap bahawa statemen ini merupakan satu statemen paling banggang yang pernah saya dengar.

Hassan terlupa bahawa Malaysia, sepertimana Singapura, merupakan Negara yang berdaulat. Mana mungkin Malaysia di bawah pimpinan Pakatan Rakyat boleh bergabung begitu sahaja dengan Singapura. Lagi pun Hassan terlupa bahawa yang mempunyai tabiat menyerahkan bahagian-bahagian Malaysia ini sebenarnya kerajaan BN. Singapura pernah di serahkan semasa pemerintahan Tuanku dan semasa pemerintahan Pak Lah pula, kita kehilangan pulau-pulau dan kawasan-kawasan minyak. Jadi siapa yang sebenarnya mempunyai tendency untuk menggadai atau menjual Negara?

Perkara 153 Perlembagaan tidak boleh di pinda atau di gugur sewenang-wenangnya. Pindaan kepada Perlembagaan perlu persetujuan atau undi dari 2/3 majoriti dalam Parlimen. Apakah, Pakatan Rakyat, kalau dapat rampas Putrajaya dari BN, akan peroleh majoriti 2/3 di Parlimen? Kalaupun, Pakatan Rakyat dapat 2/3 majoriti dalam Parlimen, mana mungkin DAP dapat main peranan dominen selepas bertanding hanya 44 kerusi dari 222 kerusi Parlimen. Adakah ahli-ahli Parlimen yang berbangsa Melayu akan mendiamkan diri kalau sekiranya ada cadangan berbuat demikian dari DAP? Tidak ada sebarang kemungkinan, walau sekecil zarah sekali pun, bahawa perkara ini akan berlaku. Jangan dok kelentong la Hassan ...

Pindaan kepada Perlembagaan perlu restu atau persetujuan Majlis Raja-Raja? Undang-undang mana si Hassan pakai? Undang-undang Mongolia ke? Sebarang pindaan kepada Perlembagaan tidak perlu persetujuan atau restu Majlis Raja-Raja. Pindaan di buat di Parlimen dan sebarang pindaan yang di luluskan hanya perlu perkenan dari Yang DiPertuan Agung. Itu pun, apabila Yang DiPertuan Agung tidak perkenankan dalam satu tempuh yang di tetapkan, pindaan akan di anggap sebagai telah di perkenankan oleh Yang Di Pertuan Agung.

Sudah-sudah Hassan. Jangan ikut nafsu ... At the end of the day, seluar hang juga yang akan terlondeh ...

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP