PRU 13 - keseluruhan Raub milik BN?

>> Saturday, February 25, 2012

Pilihanraya Umum 13 (PRU 13) sudah hampir. PRU 13 dijangka akan diadakan bila-bila masa sahaja antara sekarang hingga bulan Disember, 2012. Tinggal lebih kurang 1 hingga 10 bulan sebelum kita berpesta pilihanraya. Adakah Pakatan Rakyat (PR) sudah bersedia untuk kuburkan Barisan Nasional (BN) atau sebaliknya PR yang akan terkubur?


Sejak pertengahan tahun 2011, saya banyak diundang untuk berceramah dimerata tempat dan dikebanyakkan tempat yang saya pergi, saya lihat angin perubahan bertiup kencang. DiFelda umpamanya, kalau dipertengahan tahun 2011 warga Felda yang keluar untuk mendengar ceramah lebih kurang dalam 50 orang, sekarang jumlah tersebut telah meningkat ke 1,000. Setiap kali ceramah diadakan, tidak kurang dari 1,000 orang akan keluar untuk mendengar penjelasan isu-isu yang melanda Negara. Kalau trend ini berterusan, BN akan menghadapi masalah besar dalam PRU 13 ... BN tidak lagi boleh anggap Felda sebagai fixed deposit.

PR perlu menggambil kesempatan atas perubahan ini untuk nyahkan BN dalam PRU 13. Tetapi adakah ini sedang atau akan berlaku?

Saya ambil sebagai contoh ditempat saya, Raub. Selama ini parlimen Raub dan ketiga-tiga DUN milik BN. Hanya dalam PRU 12, DUN Tras dapat dirampas oleh DAP. Sepertimana ditempat-tempat lain, angin perubahan juga meniup kencang diRaub. Ahli parlimen Raub tidak disenangi oleh kebanyakan penduduk Raub, termasuk segelintir ahli BN. Apakah tindakan PR untuk merampas parlimen Raub dari BN, sedangkan semua tahu kemungkin untuk merampas itu cerah?

Orang-orang Raub semua tahu bahawa DAP tidak disenangi oleh kebanyakan pengundi-pengundi Melayu Raub, kalaupun calun Melayu ditandingkan. Namum DAP terus berdegil tidak mahu serahkan kerusi parlimen Raub kepada PAS atau PKR. Suara-suara kedai kopi cukup jelas - kalau PAS bertanding diparlimen Raub, PAS boleh menang tanpa perlu berkempen. Walaupun suara-suara ini sedikit keterlaluan (tidak perlu kempen) namun suara-suara ini tidak boleh diketepikan. Walaupun begitu, DAP tetap memekak ...

DiDUN Dong misalannya. Pengundi-pengundi Dong sedang memekik minta ADUN sekarang di tukar tetapi PAS dan PKR asyik bergaduh berebut kerusi Dong. PKR dengan pendirian bahawa kerusi Dong milik mereka atas perjanjian PRU 12 dan PAS pula dengan pendirian bahawa kerusi Dong hanya dipinjamkan kepada PKR semasa PRU 12.

Campur tangan pemimpin atasan menyusahkan lagi keadaan diDong. PKR telah senaraikan seorang anak muda tempatan berkelulusan tinggi untuk tanding diDong tetapi pucuk pimpinan lebih minat kepada calun dari luar Raub. Mana lojiknya apabila calun winnable tempatan ditolak mentah-mentah dan diganti dengan calun luar kawasan yang tidak begitu dikenali diRaub? Tak belajar dari kesilapan ke PKR apabila seorang anak Kajang yang berkerja diMelaka telah bertanding diTerengganu dan kalah sedangkan kerusi tersebut merupakan kerusi winnable PR?

Selain daripada masalah seperti diatas, tidak ada sebarang progrem, selain daripada ceramah-ceramah, yang diatur untuk mendekati akar-umbi agar akar-umbi terus menyokong dan mengundi PR. Adakah PR Raub terlalu leka atau terlalu yakin bahawa pengundi-pengundi Raub akan pilih PR?

Kalau keadaan serabut dikalangan PR ini berterusan dan progrem-progrem tidak dijalankan dengan teratur, saya yakin BN akan kekalkan kerusi-kerusi yang BN menang dalam PRU 12 dan tidak keterlaluan jika saya kata, Tras juga akan dirampas oleh BN.

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP