Seluar dalam Anwar ...

>> Thursday, April 22, 2010

“Kini saya sudah tahu segala-galanya sehingga keseluar dalam pun saya tahu. Tapi takpe la. Saya tidak akan bagi tahu semua orang. Biar saya seorang sahaja yang tahu.” Begitula lebih kurang ucapan Najib diHulu Selangor semalam.

Maka bertepuk la beramai-ramai pengikut serta penjilat Najib, UMNO dan BN.

Wei, kamu orang nak tipu siapa? Siapa, selain daripada penyokong tegar UMNO/BN nak percaya cerita dongeng macam ini? Kalau betul la Najib ada cerita besar yang boleh musnahkan masa depan politik Anwar Ibrahim, sudah tentu Najib sudah hebohkan perkara itu awal-awal lagi.

Kalau Najib sudah tahu warna apa, jenama apa dan apa ada dalam seluar dalam Anwar, apa perlu bergayut dengan isu-isu remeh seperti kes liwat Saiful? Mengapa perlu serang peribadi Zaid. Mengapa perlu edar CD Eli Wong kat Orang Asal. Mengapa perlu edit gambar dan tabur fitnah. Semua orang tahu nyawa kamu orang diHulu Selangor dah macam nyawa ikan. Kamu orang akan berpaut kepada apa sahaja asalkan kamu orang dapat undi. Ini nak tunjuk baik konon. Bongkar sahaja la isu seluar dalam itu dan bunuh karier politik Anwar.

Umum dah tahu taktik kotor yang kerap digunakan oleh UMNO. UMNO hanya buat gempar sahaja. Sebenarnya habuk pun tarak …. Nak gunakan reverse psychology konon ... sudah la. Najib ingat orang Hulu Selangor bodoh. Najib mahu orang Hulu Selangor angkat dia tinggi-tinggi sebab dia la satu-satunya pemimpin UMNO yang tak mau buka aib Anwar. Piiiraaaahhhh – fat hopes!!!!

Adakah kes seluar dalam Anwar ini lebih besar daripada isu yang pernah dimainkan oleh UMNO bahawa Anwar agen Yahudi? Adakah isu seluar dalam Anwar ini lebih besar daripada isu kononnya Anwar agen CIA? Hello bro, semua isu-isu itu telah ditolak oleh anak-anak Malaysia. Takkan isu seluar dalam kami nak percaya.

Stop the bull shit la please. Please don’t insult our intelligence. We are intelligent enough to think and do what is right and what is wrong.

Kamu ingat 1Malaysia bodoh?

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP