Apa kaitan Obama dengan Hulu Selangor?
>> Friday, April 23, 2010
Apa sebenarnya telah dibincangkan oleh Najib dan Obama dalam pertemuan mereka diUS baru-baru ini?
Yang disajikan kepada kita oleh akhbar arus perdana dan media dalam kawalan ketat kerajaan hanya yang baik-baik sahaja. Kononnya, Obama puji pentadbiran kerajaan BN. Kononnya, Gagasan 1Malaysia dikagumi oleh Obama. Betul ke? Mungkin ya dan mungkin tidak. Saya tak tahu sebab saya tak hadir sama dalam pertemuan-pertemuan Obama/Najib.
Tapi ada satu perkara yang merunsingkan saya. Ini bukan spekulasi atau fitnah dan bukan saya yang cakap. Ini Najib sendiri yang cakap diFELDA Sungai Buaya siang tadi. Maka bersuara la Najib lebih kurang seperti ini – “Kita akan buktikan kepada Obama bahawa kita mampu ambil Hulu Selangor dari Pembangkang.
Lama juga saya menung dan fikir – mengapa Najib perlu buktikan kepada Obama yang Najib boleh dapat balik Hulu Selangor? Apa kaitan Obama dengan Hulu Selangor? Apa, Obama pernah memondok kat Hulu Selangor ke? Ataupun, mungkin Obama ada saudaramara kat Hulu Selangor dan Obama marah sangat Hulu Selangor jatuh ketangan PR semasa PRU 12? Mungkin, mungkin, mungkin dan mungkin
Atau Obama telah beritahu Najib – “look here my friend, don’t talk cock with me. I want you to go back to Malaysia, or better still, go the Hulu Selangor and campaign there. Don’t come back to me until you get back Hulu Selangor from PR. Don’t waste my time as I have better things to do than to talk to you.” Again, mungkin, mungkin, mungkin dan mungkin
Selain daripada itu anda fakir la sendiri dan buat keputusan yang terbaik mungkin … “mengapa Najib perlu buktikan kepada Obama bahawa BN boleh menang diHulu Selangor”. Saya tak nampak kaitan Hulu Selangor dengan Obama. MUngkin anda nampak.
0 comments:
Post a Comment