Hapuskan PTPTN?

>> Friday, April 13, 2012

Siapa yang bodoh bangang? Siapa yang tak reti bahasa? dan siapa yang kaki putar belit? Kalau anda masih katakan hasrat UMNO/BN adalah untuk menjaga kepentingan orang Melayu, anda tersilap ... pemimpin-pemimpin UMNO dilahirkan untuk menjaga kepentingan diri sendiri dan kepentingan kroni. Kepentingkan orang Melayu tidak pernah menjadi agenda UMNO.


UMNO kian tersepit dan kini sedang merujuk kepada kitab tipu helah mereka untuk mencari jawapan kepada kenyataan terbaru PR bahawa pinjaman PTPTN akan dihapuskan apabila PR menerajui Putrajaya dan jawapan paling bodoh UMNO terjumpa dalam kitab tipu helah mereka - anak-anak Melayu akang tercicir dalam pelajaran apabila PTPTN dihapuskan ... maka riuh rendah lah TV durjana dibawah kongkongan UMNO bahawa anak-anak Melayu akan tercicir dalam pelajaran apabila PTPTN dihapuskan ... belit jangan tak belit. Spin jangan tak spin. Kalau tak belit dan spin bukan UMNO namanya ...

Siapa yang kata PR nak hapuskan PTPTN? Bila masa PR kata nak hapuskan PTPTN? Dipentas mana PR kata nak hapuskan PTPTN? Anwar Ibrahim kata pinjaman PTPTN akan dihapuskan apabila PR bentuk kerajaan pusat kelak ...

Menghapuskan pinjaman PTPTN dan menghapuskan PTPTN dua perkara yang beza la ngok ... Apabila pinjaman PTPTN dihapuskan maka anak-anak Malaysia akan belajar free. PR kata kita boleh lakukan. Ianya tidak mustahil. Kita hanya perlu bendung ketirisan dan potong subsidi IPP ... maka akan terkumpul dana yang cukup untuk bagi pelajaran free kepada anak-anak Malaysia sehingga IPTA dan IPTS.

Nak tergelak dengan metaliti dan IQ kosong orang-orang UMNO ... tak reti nak bezakan hapuskan pinjaman PTPTN dan hapuskan PTPTN ... Kalau tak reti mai sini chek ajaq hangpa ....

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP