Sahih Mazlan saman FELDA

>> Sunday, March 14, 2010

Sebentar tadi saya telah diberitahu oleh Mazlan Aliman bahawa keputusan telah dibuat untuk mulakan tidakan sivil terhadap FELDA ekoran kejadian diFELDA Lembah Klau tempuh hari. Syukur alhamdulillah.

Mazlan juga telah beritahu saya bahawa peguam yang akan diarah untuk bertindak juga telah dikenalpasti dan pengumuman akan dibuat tidak lama lagi. Biarlah identiti peguam yang dilantik dirahsiakan buat sementara waktu. Yang pastinya peguam tersebut bukan saya kerana saya telah beritahu Mazlan semasa diMahkamah Magistret Raub tempuh hari bahawa saya kini dalam semi-retirement dan tidak mahu lagi menggambil tugasan berat. Lagipun saya terlalu sibuk dengan kerja-kerja lain buat masa ini.

Walaupun begitu, saya telah beritahu Mazlan bahawa saya akan, dari semasa kesemasa, beri buah fikiran kepada peguam yang akan mengendalikan kes Mazlan. Secara kebetulan peguam tersebut merupakan kawan baik saya dan pada pendapat saya perlantikan beliau merupakan satu keputusan yang tepat.

Beware FELDA here we come ….

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP