Surat terbuka kepada pengundi DUN Tenang

>> Thursday, January 27, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera saudara saudari dan warga Malaysia yang akan undi diTenang.


Pilihanraya kecil DUN Tenang (N5) akan diadakan dalam tempuh dua hari dari tarikh entri ini dibuat. Laksanakan lah tanggungjawab anda kalian dengan fikiran waras. Jangan sekali-kali buang undi mengikut emosi. Kalian semua diberi dua pilihan – Cikgu Normala atau Azahar.



Saya yang berada jauh dari kalian mengikuti berkembangan diTenang dan mengambil kesempatan ini untuk ingatkan kalian tomahan dan cacian yang dilemparkan oleh UMNO/BN terhadap Cikgu Normala dari PAS.



Sebelum penamaan calon Najib telah taburkan janji bernilai berbilion dirancangan FELDA. Bertanya la kepada diri sendiri – mengapa hanya sekarang janji dibuat sedangkan tuntutan agar generasi kedua warga FELDA diberi tanah telah dibuat oleh Mazlan Aliman sejak dua tahun dahulu? Ikhlas kah Najib dengan janji yang ditaburkan? Pada saya, janji Najib tidak lain dan tidak bukan hanya janji kosong. Janji yang sama telah dibuat semasa pilihan raya kecil diHulu Selangor tidak lama dahulu dan sehingga kehari ini masih belum ditunaikan. Jangan percaya janji Najib …



Sebaik Normala dinamakan sebagai calon PAS, sekutu UMNO/BN telah lemparkan satu fitnah yang dahsyat. Normala dituduh pernah berzina. Seorang bekas guru, seorang ibu dan seorang isteri yang waraq difitnah tanpa segan silu oleh UMNO/BN.



Kemudian, Dr Chua Soi Lek telah persoalkan isu keengganan Normala untuk berjabat tangan dengan lelaki yang bukan mahram. Apabila Dr Chua didesak untuk minta maaf, Dr Chua telah memilih untuk menghina dan perlekehkan Islam.



Dr Chua tanpa segan silu telah terus persoalkan Negara Islam yang dicadangkan oleh PAS. Kononnya cadangan PAS akan mundurkan lagi Malaysia. Penghinaan ini disahut dan disokong oleh beberapa pemimpin UMNO yang beragama Islam. Astagfirullahal aziimmm … pemimpin beragama Islam sendiri perlekehkan Islam. Adakah pemimpin sedemikan yang mahu didokong oleh kalian? Daripada zaman Tun M hingga kesekarang, UMNO tak habis-habis menghina dan mencaci Islam dan yang menghairankan saya, kalian semua sekongkol dengan UMNO/BN dan masih terus sokong UMNO/BN.



Ingatlah saudara saudari …

Satu undi untuk UMNO/BN bererti kalian sokong dan setuju dengan segala tipu helah dan janji kosong.



Satu undi untuk UMNO/BN bermakna anda halalkan rasuah.



Satu undi untuk UMNO/BN bermakna anda setuju dengan fitnah yang ditaburkan.



Satu undi untuk UMNO/BN bermakna anda sendiri menghina dan mencaci kesucian Islam.



Ingat lah saudara saudari …



Dunia ini hanya untuk sementara waktu dan akhirat jua tempat kekal abadi. Mari lah kita sama-sama tegakkan panji Islam dibumi bertuah ini. Mari kita semua undi Normala Sudirman dari PAS dan tolak Azahar dari UMNO.



Takbiiirr, takbiirrr, takbiiirrr

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP