Zahid Joker ban geya ...

>> Wednesday, May 28, 2014

Barisan Nasional sudah mula mengunakan politik ugut dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan dan ugutan tersebut bukan datang daripada Ketua JKKK tetapi dari seorang Menteri yang menjaga polis. Mengapa perlu ugut? Apakah aura Dyana Sofya begitu hebat sehingga Zahid Hamidi terpaksa ugut RELA? Dari bacaan saya, begitu la keadaan di Teluk Intan.

Apa yang di ingini oleh Zahid semasa mengeluarkan pengataan bahawa beliau tahu siapa yang undi dan siapa yang tidak undi semasa PRU 13 adalah jelas - Zahid ingin memastikan bahawa kesemua anggota RELA dalam ketakutan dan keluar mengundi BN pada 31/05/2014. Kalau mereka tidak keluar atau sekiranya mereka keluar mengundi akan tetapi mengundi selain daripada BN, maka siap lah mereka sebab Zahid tahu siapa yang undi dan kepada siapa undi mereka di beri. Satu penipuan bertahap mega daripada seorang bertaraf Menteri.

Selain daripada melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya, perbuatan Zahid juga merupakan perbuatan bangsat dan low class. Zahid tidak menghormati sistem demokrasi yang di amalkan di Malaysia. Zahid menganggap anggota RELA adalah boneka milik BN dan BN boleh suruh mereka lakukan apa sahaja yang BN mahukan. Boleh dianggap haramjadah sesiapa sahaja yang ugut pengundi untuk peroleh undi. Kemaruk sangat mahukan undi sehingga sanggup mengunakan apa sahaja cara.

SPR yang bacul dan dayus sanggup melindungi kerja bangsat Zahid dengan memberi alasan bahawa Zahid hanya menasihati. Tang mana pengataan Zahid berbentuk nasihat? Saya tak nampak.

Alasan Zahid bahawa beliau hanya bergurau dengan anggota RELA juga perlu ditolak. Maaf saya kata bahawa bukan semua anggota RELA berpelajaran tinggi. Ada di antara mereka akan percaya apa sahaja yang di ucapkan oleh seorang yang bertaraf menteri walaupun mereka tahu apa yang di katakan oleh PakMenteri tidak betul. Pada saya alasan Zahid hanya sebagai cover line selepas terkantoi dengan kebodohan sendiri.

Zahid perlu berhenti bergurau dalam isu-isu serious seperti demokrasi dan masa depan negara - kami tidak perlukan seorang badut dalam parlimen.


0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP