Teluk Intan - Undi Dyana Sofya

>> Wednesday, May 28, 2014

Okay ... baru-baru ini, di Teluk Intan, Zahid kata Cina DAP tak mengenang budi. Beliau, serta kaum India dan Melayu sedih dengan Cina DAP yang tak kenang budi. Dalam masa yang sama, kita sering dengar kumpulan kumpulan pendesak seperti PERKASA dan ISMA label Cina dan India sebagai pendatang yang telah datang ke Malaysia untuk rampas hak orang Melayu.

Berdasarkan kepada kata-kata Zahid dan saranan PERKASA dan ISMA maka nasihat saya kepada pengudi-pengundi Teluk Intan adalah seperti berikut: -

Pengundi Cina - BN menganggap anda semua dari jenis yang tidak kenang budi. Maka dengan itu saya seru kepada kamu, wahai pengundi Cina, jangan sesekali undi BN kerana BN akan terus anggap kamu sebagai satu puak atau kaum yang tidak mengenang budi. Kamu telah datang ke Malaysia atas ehsan orang Melayu dan kamu merampas hak orang Melayu

Kepada pengundi Melayu - Cina adalah pendatang dan tidak ada hak. Mereka perlu kembali ke negara asal mereka apabila Melayu hilang sabar dengan mereka. Buat sementara ini Melayu sabar lagi dengan kerenah Cina. Jadi pengundi Melayu - adakah kamu akan undi pendatang yang sentiasa cabar kesabaran kaum Melayu dan rampas hak-hak orang Melayu.

Oleh itu, pengundi Cina perlu tolak BN dan pengundi Melayu perli tolak calun Cina dan undi Dyana Sofya - beliau bukan Cina DAP yang tidak mengenang budi dan beliau juga bukan pendatang yang akan rampas hak orang Melayu sebab sebagai Melayu beliau sudah pun ada hak ...

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP