Dr Porno kurang ajar dan biadab

>> Wednesday, January 26, 2011

"What’s so great about knowing Muslim values? I have the right to say that it’s basic manners to shake hands with people … That’s my value. Understand? You also must value my value, which is good manners, which includes shaking hands.” Ini kata-kata hikmah dari Presiden MCA atau lebih dikenali sebagai Dr Porno.



Dari sudut pandangan saya, kata-kata tersebut sememangnya kata-kata biadab seorang pemimpin dinegara dimana Islam merupakan agama rasmi. Saya tidak nafikan bahawa bejabat tangan itu satu adab yang murni namum apabila berjabat melibatkan yang bukan mahram, maka adab Islam perlu digunakan. Tak kan ini pun Dr Porno tak faham, atau buat-buat tak faham.



Cikgu Normala bukan tidak bersalam dengan yang bukan mahram. Cikgu Normala bersalam dengan mengunakan sarung tangan. Itu adab dalam Islam yang bukan Islam perlu faham.


Jangan hendak putar belit fakta apabila dipukul hebat oleh pemimpin-pemimpin PR walaupun kebanyakkan Muslim dari parti komponen BN merestui perbuatan kurang ajar seorang yang langsung tidak ada rasa hormat agama Islam. Mana tidaknya, berlaga pipi antara bukan mahram dibenarkan dalam BN. Dalam keadaan sedemikian bagaimana BN mahu ajar pemimpin BN yang bukan Islam. Tak kan Cikgu mahu murid kencing sambil duduk sedangkan dia sendiri kencing sambil berlari.



Tun M pernah kata – Melayu mudah lupa. Nampaknya kini Dr Porno pun sudah lupa. Dr Porno terlupa bahawa satu ketika dulu Dr Porno pernah dirakam sedang beraksi adegan seks dengan seorang wanita muda yang bukan isteri. Jadi siapa Dr Porno untuk bercakap tentang nilai? Siapa Dr Porno untuk meminta kita menghormati nilai-nilai murni Dr Porno? Macamana kita mahu menilai nilai murni Dr Porno sedangkan Dr Porno tidak ada nilai murni walau sebesar zarah pun.



Mungkin Dr Porno kerap berjabat tangan seperti yang diakui oleh Dr Porno. Mungkin nilai ini yang Dr Porno seru kita hormati. Tetapi dengan siapa Dr Porno berjabat? Muslimah PAS atau wanita Melayu UMNO? Yang pastinya Muslimah PAS tidak akan benarkan Dr Porno berjabat tangan dengan mereka sekiranya tangan tidak berlapik kerana mereka Islam. Tetapi kalau wanita Melayu UMNO, sepertimana adegan berlaga pipi dengan pelakon Bollywood satu ketika dahulu, saya tak berani nak komen. Lu fikir la sendiri …



Sepertimana, Harusani dan pemimpin-pemimpin PR termasuk YAB Lim Guan Eng, saya juga menuntut agar Dr segera memohon maaf kepada warga Islam yang patuh kepada ajaran Islam kerana bukan sahaja kenyataan Dr Porno kurang ajar tetapi ianya juga biadap. Kenyataan Dr Porno jelas menunjukkan betapa UMNO dan Ulama-ulama muda UMNO perlu tarbiyah pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam komponen BN agar memahami Islam.



Tok Menteri misai tebal apa cerita???????

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP