Nasib baik ada UMNO/BN

>> Tuesday, May 18, 2010

Nasib baik ada UMNO/BN diMalaysia. Kalau tidak merana la kita sebagai Rakyat Malaysia. Kalau takde UMNO/BN sah kita tak dapat kemudahan asas seperti bekalan api dan air. Sah kita tak dapat jalanraya. Sah takde sekolah. Sah kita takde pengangkutan awam yang canggih. Sah anak-anak kita tidak berpeluang untuk dapat biasiswa. Buta huruf la anak-anak Malaysia atau pendidikan mereka hanya setakat pondok atap sahaja. Yang kita kecapi hari ini adalah ehsan dari UMNO/BN. Nasib baik ada UMNO !!!!!!!

Tetapi saya pelik. Dalam tinjauan saya diRaub beberapa bulan dahulu saya dapati masih ada anak Malaysia tinggal dalam pondok usang beratap zing berlubang seribu. Tanpa bekalan air bersih dan tanpa bekalan letrik. Ini hanya tinjauan disekitar Raub. Kalau ditinjau dipendalaman, saya tak berani nak kata. Nasib baik kita ada UMNO, kalau tidak mungkin kita tinggal diatas pokok, bergerak mengunakan lembu, kerbau atau keldai dan memburu mengunakan sumpit. (tiada niat untuk memperlekehkan mereka-mereka yang masih menggunakan sumpit)

Hello brothers and sisters. Let’s be frank to ourselves. Let’s get real. Open up our minds. Apa yang kita kecapi kini bukan daripada UMNO/BN. Apa yang UMNO/BN lakukan hanya melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pakatan yang diberi mandat untuk mentadbir Negara Malaysia.

UMNO merupakan parti politik sepertimana PKR, DAP atau PAS. BN merupakan pakatan sepertimana PR. Duit yang digunakan oleh UMNO/BN untuk membina sekolah, membina hospital dan kelinik, membina jalanraya, menabur janji pembangunan, mengamalkan rasuah politik bukan daripada duit mak bapa UMNO/BN tetapi duit kita sebagai rakyat Malaysia. Kita berhak untuk kecapi apa yang diberi oleh Kerajaan kerana segala pembangunan adalah daripada hasil duit kita sendiri.

Jangan tersilap. UMNO/BN tidak lakukan apa-apa untuk kita. Mereka hanya menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Perkara sama akan dilakukan oleh PR sekiranya PR menjadi pemerintah. Jangan celaru antara pakatan yang diberi mandat untuk tubuh Kerajaan dan Kerajaan Malaysia. Pakatan yang diberi mandat boleh tumbang bila-bila masa akan tetapi Kerajaan akan tetap kekal melainkan dijual sepertimana terjualnya Blok L dan M .

Kita sebagai ahli Pakatan Rakyat perlu dengan segera lakukan sesuatu untuk ubah presepsi segolongan Rakyat Malaysia yang terbantut fikiran akibat daripada terlalu banyak membaca Utusan Meroyan dan menghadap RTM 1 dan 2. Fikiran mereka telah diracuni oleh media songsang yang menyajikan berita palsu yang diedit dan dibutar belit oleh barua-barua UMNO/BN.

Saya terpanggil untuk menulis entry ini kerana baru-baru ini saya diminta oleh isteri saya untuk baca satu komen dalam laman social facebook milik isteri saya yang berbunyi knock knock ..hru...dengar u sibuk kempen.Haris tak gi Sibu. Sori I ni not polticians tapi I support BN sebab I anak kerajaan. All my education supported by them tambahan keja ngan gomen tak boleh jadi traitor....but we can always be friends kan....asal kan jgn crita hal politik just like in Mekah

Kalau kita semua berpendapat sepertimana yang dikatakan dalam petikan diatas, maka kita semua boleh dianggap sebagai penghianat negara (traitor) kerana kita belajar diSekolah yang disediakan oleh Kerajaan. Kita mengunakan jalanraya yang disediakan oleh Kerajaan. Kita minum air dan wudu mengunakan air yang disediakan oleh Kerajaan. Penghianat kah kita?

Yang menghairankan saya, petikan komen tadi datangnya daripada seorang yang berpelajaran tinggi. Kalau begitu tanggapan anak-anak Malaysia yang berpelajaran, maka impian PR untuk kePutrajaya hanya akan tinggal impian.

Ayuh, kita segera ubah presepsi rakyat yang telah diracuni.

Reformasssiiiiiii .....

1 comments:

kak embum June 8, 2010 at 2:54 PM  

Masih ramai rakyat malaysia termasuk yang tinggaldiluarbandar,beranggapan demikan.masuk pengbangkang bermakna tak sayangkan negara,tak bersyukur,dan macam-macam lagi ucapan dari mulut parti Umno/BN dan media yang dikuasai.Maklumat tak sampai pada mereka.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP