Tolak politik serta NGO perkauman

>> Saturday, April 10, 2010

31 Ogos, 1957 merupakan tarikh keramat. Malaya telah capai kemerdekaan dan seterusnya bebas dari belengu penjajah. Enam tahun kemudian Malaysia telah ditubuhkan. Namum, adakah kita merdeka dalam ertikata sebenar. Saya dilahirkan dalam bulan Disember, 1957, iaitu 3 bulan 16 hari selepas Malaya merdeka. Saya anak Malaysia. Namun, adakah saya sebenar-benarnya merdeka? Adakah saya benar-benar anak Malaysia?

Pada asalnya saya seorang Punjabi berugama Sikh. Walaupun begitu, saya sentiasa melihat diri saya sebagai seorang anak Malaysia dan selepas daripada itu baru seorang yang berketurunan Punjabi. Kini saya seorang anak Malaysia, berketurunan Punjabi yang berugama Islam. Priority kita kena betul - yang dahulu perlu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.

Kalau kita tidak boleh terima hakikat bahawa kita adalah a “Malaysian first”, maka slogan 1Malaysia akan terkubur tidak lama lagi. Kesian Najib. Siapa kah mereka yang akan padamkan slogan Najib? Tak lain tak bukan mereka yang berpolitik berlandaskan perkauman - MCA, MIC, UMNO dan PERKASA.

Saya masih ingat, beberapa tahun dahulu, peguam-peguam berugama Islam telah berjuang mati-matian untuk tubuhkan Majlis Peguam Islam. Mereka tidak mahu bernaung dibawah payung Majlis Peguam yang merupakan Majlis induk Peguam-peguam seMalaysia. Kalau tak silap saya Zul Nordin salah seorang daripada pengasas Majlis Peguam Islam. Tidak dinafikan bahawa Majlis yang dicadangkan oleh Peguam-peguam Muslim tertubuh akan tetapi hingga kehari ini masih tidak relevan. Seolah-olah “hidup segan mati tak mahu”. Apa sahaja yang berlandaskan perkauman tidak akan kekal.

Zaman saya bersekolah sekitar tahun 60han hingga 70han, persoalan kaum tidak pernah wujud. Anak Cina kawan saya, anak India kawan saya dan anak Melayu juga kawan saya”. Tidak pernah ada masalah perkauman. Persahabatan saya dengan “anak India, anak Cina dan anak Melayu” kekal hingga kehari ini. Kami tidak pernah melihat diri kami sebagai Melayu, India atau Cina.

Namum dizaman sekarang, apabila anak-anak Malaysia sudah cilik IT, keadaan berubah. Berubah jauh sekali. Sentimen perkauman ditiup setiap hari. Hari ini kita dengar dialog – awak Melayu saya Cina, saya India awak Melayu atau saya Melayu awak India. Mana perginya saya atau kita anak Malaysia?

Pada pendapat saya, keadaan ini tidak akan dapat diperbaiki selagi ada UMNO yang kononnya membela hak Melayu. Selagi ada MCA yang kononnya membela hak Cina dan selagi ada MIC yang kononnya membela hak India. Siapa sedang atau akan membela nasib dan hak Orang Asal? Siapa sedang atau akan membela nasib dan hak anak Kadazan? Siapa membela nasib dan hak kaum minoriti lain?

Kini timbul pula PERKASA. Kononnya tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang campur tangan dalam isu hak orang Melayu. PERKASA untuk membela nasib, hak dan keistimewaan orang Melayu. Apa, UMNO dah tak relevan ke?

Come on la … we are beyond that. Jangan pandang anak-anak Malaysia tak berotak. Kami, atau sekurang-kurangnya saya, sudah jemu dengan politik perkauman. Politik perkauman sudah tak relevan lagi. Saya pasti, sekiranya politik perkauman yang sempit diteruskan sehingga PRU 13, keputusannya akan lebih dasyat daripada keputusan PRU 12. PR yang berasaskan Ketuanan Rakyat akan kuasai Putrajaya. InsyaAllah …

On a lighter note, saya teringin sangat mahu tengok gelagat Pak Ibrahim dan Wira-wira PERKASA diHulu Selangor kelak. Mereka kini dalam situasi “catch 22”. Mahu sokong calun MIC yang berketurunan Tamil atau calun PKR yang sudah pasti Melayu. Apa relevannya PERKASA yang kononnya mempertahankan hak orang Melayu kalau secara terang-terang mereka sokong dan berkempen untuk calun Tamil. Kalau perkara ini berlaku, saya akan jadi orang pertama yang akan menyeru Presiden serta Wira-wira PERKASA tanggalkan songkok tinggi yang mereka pakai sekarang.

Adakah PERKASA sanggup melacurkan prinsip semata-mata kerana politik?

1 comments:

Haziq Al-Fateh April 12, 2010 at 11:32 PM  

i like this post. great idea !

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP