Syawal aku dicemari lagi

>> Monday, September 13, 2010

Ramadhan telah meninggalkan kita dan kini kita berada diawal Syawal. Sempat kah kita bertemu Ramadhan ditahun akan datang. Wallahualam. Bersama-sama lah kita berdoa agar kita diketemukan dengan Ramadhan sekurang-kurangnya sekali lagi agar dapat kita bertaubat dan beribadat semoga peroleh keredaan Allah. InsyaAllah.

Bermacam ibadat dilakukan sepanjang 30 hari Ramadhan. Selain solat fardu, kita solat sunat, kita berzikir dan kita berterawikh. Rata-rata Masjid menjemput Tahfiz untuk meriahkan lagi malam-malam Ramadhan. Mata kita cengkung kerana kurang tidur dan badan kita kurus lemah akan tetapi kita gembira dan bahagia kerana berpeluang untuk beribadat dalam bulan yang penuh barakah.

Ibadat diteruskan diawal syawal. Kita solat Eid secara berjamaah. Kembalinya kita dari Masjid, kita teruskan dengan ibadat apabila kita bermaaf-maafan antara famili, sanak saudara dan jiran tetangga. Ibadat diteruskan lagi apabila kita ziarah kubur arwah-arwah yang telah meninggalkan kita. Yassin dibaca dengan khusyuk, kita bertahlil, kita berdoa dan kita sedekah fatihah. Seterusnya kita berkunjung kerumah saudara mara dan rakan-rakan. Dalam ertikata lain, ibadat bukan sahaja dalam bulan Ramadhan malahan diteruskan sehingga pagi 1 Syawal.

Namun apabila kita kembali kerumah dan pasang TV untuk berehat sebentar, kita rasa segala ibadat yang diamalkan sepanjang Ramdahan dan pagi 1 Syawal dicabul serta dicemar dengan berbagai maksiat yang dihidangkan oleh RTM dan TV 3 seolah-olah ketiga-tiga stesyen TV dikendalikan oleh mereka yang bukan Islam. Astagfirullahalaziiimm. Selama ini kita diberitahu Malaysia Negara Islam. Islam kah Malaysia?

Ibadat kita dicemari dengan sajian progam dimana artis-artis, baik lelaki atau perempuan, bergaul tanpa batas. Bersalam-salaman dan berlaga bahu antara bukan mahram. Artis wanita tergedek-gedek dengan pakaian mendedah aurat. Ini kah cara kita mengucap selamat tinggal kepada Ramadhan dan mengucap selamat datang kepada Syawal yang mulia?

Tak sedarkah kamu wahai orang distesyen siaran bahawa sajian lawak bodoh dari pelawak-pelawak kita yang terkinja-kinja tak tentu arah sebenarnya mencemarkan kesucian rohani muslimin dan muslimat yang masih dalam ibadat. Begini kah cara sebuah Negara Islam menyambut 1 Syawal?

Salah kah kalau stesyen siaran teruskan dengan progam berunsur ugama agar Muslimin dan Muslimat tidak leka? Salah kah kalau RTM dan TV 3 ikut jejak Astro Oasis untuk sementara waktu agar 1 Syawal tidak dicemari?

Kalau ada mana-mana muslimin dan muslimat yang ingin ibadat mereka dicemar, mereka bebas untuk tonton stesyen Astro dimana disajikan bermacam maksiat. Mereka bebas untuk tonton Sex In The City. Mereka bebas untuk tonton 92010 (betul ke itu?), Mereka juga boleh tonton Accidently on Purpose atau How I Met Your Mum. Mereka bebas untuk buat pilihan akan tetapi kamu, RTM sebagai stesyen TV Nasional dan kamu, TV 3, sepatutnya hormati setiap muslimin dan muslimat dipagi Syawal yang masih dalam ibadat.

1 comments:

Anonymous September 23, 2010 at 9:57 AM  

Assalamualaikum Tuan Harris,

Rancangan2 TV untuk hari raya ni biasanya sudah dirakam lebih awal. Ada juga yang sudah dirakam sebelum puasa lagi. Masa tu tak ada lagi feel puasa, pakaian pun tak nampak gaya orang tu betul2 berpuasa.

Saya setuju sangat pandangan tuan mengenai rancangan2 TV yang langsung tidak menjurus kepada pengahayatan Syawal sebagai kembali kepada fitrah. Tetapi, ada lah juga beberapa drama yang boleh lah dianggap memenuhi semangat ini. Namun, rancangan hiburan dan cerita2 hantu jauh lebih banyak.

Sehinggakan saya terfikir ucapan "Selamat Hari Raya" itu mesti ditukar menjadi "Selamatkan Hari Raya"

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP