Sah DNA milik Dato Sosilawati

>> Sunday, September 12, 2010

Sebentar tadi telah disahkan melalui DNA bahawa specimen yang dijumpai diMorib adalah milik Dato Sosilawati dan 3 yang lain. Maka sahlah bahawa Sosilawati dan 3 yang lain telah ditahan, dipukul sampai mati, dibakar dan abu mayat dibuang kedalam sungai. Kejam, sungguh kejam. Al-fatihah disedekah kepada arwah-arwah dengan doa agar roh mereka ditempatkan diantara yang soleh solehah diakhirat nanti.


Entri ini bukan untuk mengulas kematian ketiga arwah tersebut atau mengulas kekejaman yang dilakukan sekumpulan manusia yang tidak berhati perut dan didalangi seorang peguam bergelar Dato’ akan tetapi akan sentuh isu samada pihak polis telah jalankan tanggungjawab mereka dengan cara profesional.



Saya terbaca dalam akhbar dan juga terdengar dalam television sebentar tadi bahawa Peguam begelar Dato yang ditahan itu juga disyaki pernah terlibat dalam kegiatan mengelapkan wang, kes hilang beberapa orang yang pernah berurusniaga dengan Dato berkenaan dan juga mengamalkan gaya hidup melampaui kemampuan.



Daripada banyak perkara yang Dato lawyer dikatakan telah lakukan, satu perkara yang menarik perhatian saya - kehilangan beberapa orang yang pernah berurusniaga dengan Dato lawyer. Polis mengesahkan bahawa terdapat lapuran hilang dan Dato lawyer merupakan orang yang disyaki namum Dato lawyer tidak dapat ditangkap kerana mempunyai kenalan diperingkat tinggi dan juga mempunyai pengetahuan mendalam persoalan undang-undang.



Dalam ertikata lain, kalau sesiapa yang ingin lakukan jenayah, pastikan anda kenal beberapa orang yang berkedudukan tinggi dan belajar selok belok undang-undang. Kalau anda mempunyai 2 kelebihan terebut, maka polis tidak ada kuasa untuk buat tangkapan. Saya sudah lulus satu peringkat (saya seorang peguam walaupun belum digelar Dato) dan sekarang sedang berusaha untuk berkenalan dengan beberapa orang yang berkedudukan tinggi. Tercapai sahaja keperluan kedua, maka saya bebas untuk lakukan jenayah. Sekurang-kurangnya itu lah mesej tersirat yang saya dapat cungkil dari kenyataan polis.



Betul kah Dato lawyer tidak ditangkap sebelum daripada ini atas alasan yang diberi oleh polis sedangkan Dato lawyer disyaki telah melakukan jenayah atau adakah Dato lawyer tidak ditangkap disebabkan mangsa Dato lawyer sebelum daripada ini bukan daripada golongan elit? Adakah polis hanya akan siasat apabila golongan elit yang menjadi mangsa? Tiada nilai ke nyawa warga marhaen?



Bukan niat saya untuk melawan takdir. Jodoh pertemuan ajal dan maut adalah hak Allah. Kita merancang Allah yang menentukan. Tapi andaikata, polis bertindak cepat dengan menangkap Dato lawyer dan Dato lawyer dituduh atas kesalahan-keasalahan lampau, tanpa ambil kira siapa yang Dato lawyer kenal dan berapa banyak jurnal undang-undang yang Dato lawyer telah hafal, ada kemungkinan Dato Sosilawati dan 3 yang lain masih hidup hari ini.



Renung-renungkan?

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP