Antara UMNO, MCA,
Gerakan dan DAP siapa sebenarnya yang menolak hudud?
Dalam tahun 1993, DUN
Kelantan telah luluskan Enakmen Syariah sebagai langkah pertama ke arah perlaksanaan
Hudud di Kelantan. Sebaik di luluskan, Tun M yang ketika itu menjadi Presiden
UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, telah beritahu Kerajaan Kelantan bahawa
Kerajaan Pusat tidak setuju dengan perlaksanaan undang-undang Syariah di Kelantan.
Ini kemudian di ikuti dengan tindakan Mahkamah oleh Zaid Ibrahim yang pada masa
itu menjadi orang kuat UMNO Kelantan.
Bukan setakat menyekat
perlaksanaan hudud di Kelantan, malahan Tun M secara konsisten telah menghina
hudud dari 1993 sehingga kini. Dalam kata-kata Tun M – kalau mahu makan sup
tangan boleh pergi ke Kelantan dan terbaru, Hudud tidak ada dalam Al Quran.
Hudud hanya ciptaan ahli feqah. Najib juga tidak
kurang. Najib telah secara terang terangan menolak hudud atas alasan kononnya
tidak sesuai di laksanakan di Malaysia.
MCA pula ugut keluar dari BN sekiranya UMNO
sokong usul PAS untuk laksanakan Undang-Undang Islam di Kelantan. Wanita
MCA tidak kurang lantang apabila persoalkan hak wanita, yang mengikut mereka, tidak
di jaga di bawah Undang-Undang Islam. Pada pendapat MCA Hudud adalah undang-undang
kuno yang akan membawa Malaysia ke arah kemunduran. Meroyan MCA tidak
terhenti di situ. MCA ugut akan buat human
shield di bangunan Parlimen untuk larang ahli-ahli Parlimen PAS masuk ke
Parlimen untuk bentang usul untuk laksanakan Hudud di Kelantan.
Gerakan pun tidak
kurang hebatnya sehingga hadir di Pejabat Agung PAS untuk serah memorandum dengan
ugutan bahawa sekiranya PAS teruskan dengan hasrat untuk bentang usul di Parlimen,
Gerakan tidak akan teragak-agak untuk mulakan tindakan Mahkamah terhadap PAS.
Apa mahu di pertikai lagi ... MCA dan Gerakan, bukan sahaja dengan terang-terangan tolak hudud, malahan mereka hina Undang-Undang Islam dan UMNO hanya mampu mendiamkan diri seolah-olah mengizinkan gerakan-gerakan bukan Islam menghina Islam. Atau adakah UMNO sedang mengunakan gerakan gerakan bukan Islam sebagai boneka untuk menolak Undang-Undang Islam?
Bagaimana pula dengan
DAP? Kita masih ingat kata-kata mendiang Karpal Singh … over my dead body. Over my
dead body bukan bermakna bunuh saya dulu seperti di terjemahankan oleh
macai-macai UMNO. Over my dead body
membawa makna – tidak boleh selagi saya hidup. Karpal sudah tiada. Apa pula
pendirian DAP selepas ketiadaan Karpal? Setakat ini Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng belum keluarkan
sebarang kenyataan menentang hudud di laksanakan di Kelantan walaupun berpendapat bahawa perlaksanaan Undang-Undang Islam bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan maka atas alasan itu, tidak akan undi sekiranya diusulkan oleh PAS di Parlimen.
Jelas bahawa
DAP tidak tentang perlaksanaan hudud di Kelantan secara keseluruhan akan tetapi mengambil pendirian tidak akan undi sekiranya
di bentangkan oleh PAS. Dalam apa keadaan sekali pun, kita tidak pernah dengar sebarang cacian, makian atau
penghinaan terhadap Undang-Undang Islam daripada pemimpin-pemimpin DAP
sepertimana kita dengar daripada pemimpin-pemimpin UMNO, MCA, Gerakan dan
Zulkifli Nordin yang telah persoalkan hudud di Parlimen dengan kenyataan bahawa hudud
menghalalkan liwat.
Pakatan Rakyat
mempunyai pendirian bersetuju untuk tidak setuju. DAP dan PKR telah sarankan
agar PAS perjuangkan hudud di atas pentas PAS sendiri dan bukan di atas pentas
Pakatan Rakyat. Maka jelas bahawa DAP tidak pernah tentang perlaksanaan hudud
dan tidak akan tentang perlaksanaan hudud sekiranya usul PAS di Parlimen berjaya
dan undang-udang Islam di laksanakan di Kelantan.
Read more...