Friday, February 10, 2012
Bumiputra kini bangsa rasmi di Malaysia?
Tuesday, February 07, 2012
Ilmu tambahan tidak merugikan
Apabila berada di sebuah negara unik seperti Malaysia, seorang pemimpin perlu sensitif dengan adat dan budaya kaum-kaum lain. Kena ambil tahu dan pelajari serba sedikit adat dan cara hidup kaum-kaum lain di Malaysia yang sememangnya kaya dengan budaya dan adat. Pemimpin yang tidak peka dengan adat dan budaya kaum-kaum lain pasti akan hadapi masalah.Mami Izat dapat hidayah di Tanah Suci
Gangster UMNO larang ceramah PR

Setiausaha PKR Rembau, Nor Azizi A Aziz berkata insiden itu berlaku apabila petugas PKR dari Cabang Rembau tengah membuat persiapan bagi ceramah itu di kawasan lapang di dalam Taman Jade Indah, Rantau"
"Ketika beberapa petugas sedang membuat persiapan bagi menjayakan ceramah itu pada kira-kira jam 6.30 petang, datang sekumpulan lebih kurang 30 orang bersenjata tajam ke arah mereka lalu membuat ugutan supaya ceramah itu tidak diteruskan.
"Kumpulan mereka menjadi lebih besar selepas itu dengan kehadiran lebih ramai orang. Salah seorang daripada mereka mengakui sebagai Ketua Kampung Kuala Sawah manakala yang lainnya mengatakan mereka penyokong Umno-BN"
"Mereka juga menyatakan tidak akan membenarkan sebarang program atau ceramah PR diadakan di situ kerana kawasan itu kawasan Menteri Besar Negeri Sembilan," katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.
Kumpulan itu juga melaungkan kata-kata kesat kepada petugas PKR berbangsa India yang terlibat di dalam kerja-kerja persiapan ceramah tersebut.
Azizi berkata, kehadiran polis selepas itu menyebabkan kumpulan tersebut bersurai meninggalkan kawasan tapak ceramah itu.