Allah Maha Penyembuh ...

>> Tuesday, July 09, 2013

Sudah hampir setahun saya tidak menulis blog - kesuntukan masa kerana sibuk berulang alik keMahkamah dengan pelbagai jenis kes.

Memandangkan Ramadhan sudah hampir tiba maka saya mengambil kesempatan ini untuk menulis satu cerita yang ada kaitan  dengan Ramadhan dan puasa.

Umum tahu bahawa saya telah kembali keIslam dalam tahun 1984. Ikhlas saya cakap bahawa dari tahun 1985 hingga ke tahun lebih kurang 1998 saya tidak dapat berpuasa sepenuhnya kerana menghidap penyakit gastrik ulser yang kronik. Atas nasihat dokter, saya berpuasa untuk lebih kurang 3 hingga 4 hari dan apabila perut mula sakit, saya akan berehat untuk sehari atau 2 hari. Apabila perut saya rasa lega, saya akan berpuasa kembali. Hari-hari yang tertinggal, akan saya ganti di bulan bulan luar Ramadhan. Kekadang saya akan ganti semasa saya puasa 6 di bulan Syawal.

Namun semuanya berubah selepas tahun 1999. Tahun 1999 saya di jemput untuk mengerjakan Haji dan saya mengambil kesempatan itu untuk berdoa di Multazam agar saya di beri kesihatan untuk melakukan ibadah. Saya mengadu kepada Allah SWT bahawa saya tidak dapat beribadah, terutamanya berpuasa dengan sempurna di bulan Ramadhan, kerana penyakit. Saya minta bahawa saya juga di beri peluang, seperti Muslim yang lain, untuk berpuasa penuh di bulan Ramadhan dan bahawa saya di sembuhkan. Saya juga mengadu bahawa saya tidak dapat tanggung derita sakit yang teramat.

Alhamdulillah, doa-doa saya di makbulkan dan mulai tahun 2000, saya tidak lagi derita akibat daripada kronik gastrik ulser. Sejak tahun 2000 saya berpuasa penuh sepertimana Muslim yang lain dan sejak tahun 1999 saya tidak pernah kena serangan gastrik.

Allah telah sembuhkan saya ... Allah maha penyembuh ... tidak ada sebarang ubat dokter yang saya telan untuk sembuhkan penyakit yang sering berulang sejak tahun 80han.

Kepada rakan-rakan yang menghidap penyakit sehingga mengganggu daripada melakukan ibadah, tadah la tangan dan minta ampun, bertaubat serta minta di sembuhkan.

Hanya kepada Allah kita mengadu ...

0 comments:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP